Penumpang Campak Syiling Dalam Enjin Pesawat Gara-Gara Minta Tuah Perjalanan

Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan di Lapangan Terbang Anqing Tianzhushan selepas pihak keselamatan menjumpai dua keping syiling berdekatan kawasan kiri enjin pesawat Lucky Air dan bakal dikenakan tindakan undang-undang setelah menyebabkan kerugian sebanyak 140,000 yuan (+-RM84,853).

Campak Syiling Dalam Enjin Pesawat
Sumber: Flight Deck Friend

Lu yang ditahan mengakui perbuatannya mencampakkan syiling ke dalam enjin pesawat adalah bertujuan untuk memohon tuah perjalanan pesawat dengan selamat. Telah menyebabkan urusan 161 orang penumpang tergendala, mereka terpaksa menunggu untuk terbang ke Kunming pada keesokan hari.

Kejadian mencampakkan syiling ke dalam enjin pesawat ini bukanlah yang pertama berlaku di China. Tradisi mencampakkan syiling sebagai tanda memohon tuah merupakan satu tindakan yang terkenal di dunia. Pada tahun 2017, seorang wanita berusia 80 tahun (Jun) dan 76 tahun (Oktober) ditahan atas sebab yang sama namun dibebaskan kerana faktor umur yang sudah lanjut.

Campak Syiling Dalam Enjin Pesawat
Sumber: Washington Post

Percaya bahawa hasrat yang diminta sebelum mencampakkan syiling akan ditunaikan, kebiasannya tradisi ini dilakukan di kawasan kolam atau tempat takungan air seperti air terjun dan sungai.

Biasa dilakukan oleh individu yang terlalu percaya dan obses kepada tradisi kepercayaan karut ini, sedarkah anda bahawa tindakan ini jika tidak disedari boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada pesawat termasuklah kegagalan fungsi enjin.

Cuba bayangkan jika enjin tidak berfungsi, apa yang akan terjadi pada pesawat dan anak kapal?

Sumber: 9GAG

Kreatif sungguh arkitek bangunan ni.

7 Rekaan Hotel Terpelik Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/watch/?v=357239874873129