Penumpang Pesawat AirAsia Kongsi Kisah Bayi Meninggal Dalam Dakapannya

bayi meninggal dalam pesawat

AirAsia semalam mengesahkan seorang bayi berusia dua bulan telah meninggal dunia dalam pesawatnya semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Prenzee berkongsi kisah telah menawarkan bantuan kepada kepada pasangan ibu bapa kepada bayi yang dikatakan kelihatan sangat gelisah dan tidak berhenti menangis sejak awal penerbangan berlepas.

“Saya dapat melihat mereka (ibu bapa bayi) agak tertekan. Bayi itu asyik menangis, tetapi kemudian saya dapat melihat pramugari itu memberi botol susu kepada bayi. Jadi saya fikir ok, mungkin dia hanya lapar,”

Nadia yang juga bekas jururawat dikejutkan pramugari AirAsia yang menyapa bahunya dengan cemas untuk meminta bantuan. Pasangan itu menyerahkan bayi mereka ke pangkuan Nadia dengan harapan beliau dapat melakukan sesuatu.

Namun, bayi itu secara tiba-tba menghembuskan nafasnya yag terakhir dan tidak bergerak.

“Saya terus merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan berteriak kepada penumpang sama ada terdapat doktor yang boleh menyelamatkannya,”

bayi meninggal dalam pesawat
Sumber: MSN

Tambahnya lagi, pelbagai usaha dilakukan dalam tempoh 2 jam 1/2 itu untuk menyelamatkan bayi berkenaan. Beliau juga ada meminta juruterbang untuk membuat pendaratan kecemasan, namun mereka perlukan masa untuk mendapatkan isyarat untuk mendarat dengan selamat.

Menurut AirAsia, pesawat itu disambut oleh pasukan pakar perubatan kecemasan dan pihak berkuasa termasuk Polis Australia Barat, sejurus selepas mendarat di Perth.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan nombor satu kami, dan mengikut prosedur, kru penerbangan telah meminta bantuan perubatan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.”

Pasangan tersebut dari Arab Saudi dan baru berpindah ke Australia untuk memulakan kehidupan baharu dan ayah bayi tersebut sedang melanjutkan PhD di Australia.

Bayi perempuan berusia 2 bulan tersebut juga adalah anak sulung kepada pasangan tersebut. Menurut pasangan, bayi itu dibawa berjumpa doktor seminggu lalu untuk merawat demam.

Sumber: ABC News, The Guardian