Penutupan Sementara Jambatan P. Pinang

penutupan jambatan pulau pinang
Sumber: Kembang Terhalang

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan penutupan sementara Jambatan Pulau Pinang pada hari Ahad, 25 November bermula pukul 12:01 tengah malam sehingga jam 10 pagi keesokan harinya. Ini bertujuan untuk memberi laluan kepada penganjuran acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2018.

penutupan jambatan pulau pinang
Sumber: The Malaysian Insight

Jambatan Pulau Pinang akan beroperasi seperti biasa bermula jam berikutnya pada hari sama selepas tamat acara larian yang diadakan setiap tahun itu.

PLUS berkata orang ramai yang perlu keluar-masuk antara kawasan pulau dan tanah besar dinasihati supaya menggunakan perkhidmatan feri yang beroperasi 24 jam atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (jambatan kedua) sebagai laluan alternatif.

Orang ramai juga dinasihati memberi kerjasama mematuhi semua papan tanda dan arahan yang diberikan PLUS.

Sumber: Utusan Online