Penyeri Ramadan, Ini Resipi Popular Bubur Lambuk

Bubur Lambuk Popular

Bubur lambuk merupakan salah satu menu yang sinonim di bulan Ramadan untuk dijadikan juada berbuka puasa. Banyak menu yang menjadi penyeri Ramadan tetapi yang paling menjadi tradisi ialah bubur lambuk.

Sejarah bubur lambuk

Mengikut sejarah, hidangan bubur lambuk dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 apabila Parameswara ataupun nama baginda selepas memeluk agama Islam, Sultan Iskandar Shah, menerima kunjungan Maharaja Hun Jen dari Kemboja yang mahukan sejenis makanan yang mudah untuk ditelan tetapi sedap dan berkhasiat.

Satu lagi sumber mengatakan bahawa bubur lambuk mula dihidangkan di Malaysia, di kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur oleh Said Bank pada tahun 1950-an dan sukatan rempah ratus yang digunakan dalam penyediaan bubur lambuk ini.

Saban tahun, Masjid Jamek di Kampung Baru menjadi tumpuan ramai disebabkan bubur lambuknya yang menjadi idaman warga kota ketika bulan Ramadan menjelma. Sajian yang mejadi sinonim dengan Kampung Baru ini diedarkan secara percuma selepas Asar setiap hari di bulan puasa.

Tradisi bubur lambuk Kampung Baru inilah menjadi ikutan di masjid-masjid yang lain dan akan kekal selamanya agar tidak ditelah arus pemodenan.

Jika anda tidak dapat bubur lambuk percuma yang diedarkan masjid/surau atau mana-mana organisasi, bolehlah cuba resipi di bawah ini. Pasti rasanya sama dengan bubur lambuk di masjid!

Bubur Lambuk Popular

Resipi bubur lambuk

Bahan-bahan:

Dua cawan beras dibersihkan
300-500 gram daging dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*
1 kiub pati lembu
1 sup bunjut
Rempah ratus: Bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam
1 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan
Air secukupnya

Bubur Lambuk Popular

Cara memasak:

1. Bahan bertanda (*) ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu.

2. Panaskan minyak, masukkan bahan (*) yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus. Goreng hingga layu.

3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.

4. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut, kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.

5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.

7. Sebelum dimakan, tambangkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.

Kalau nak tambah sayur seperti kentang dan lobak merah pun boleh.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!