Perselisihan Faham Berakhir Tragedi, Kronologi Ringkas Remaja Perempuan Maut Di Tangan Rakan

Kronologi ringkas tragedi remaja perempuan dibunuh.

Semalam negara dikejutkan dengan berita seorang remaja perempuan, Siti Nur Surya, 19 tahun maut di tangan rakannya sendiri di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Kuala Berang, Terengganu.

Ini kronologi ringkas kes remaja perempuan dibunuh rakan sendiri.

Pada awalnya, adik mangsa, Siti Nur Syuhada Ismail, 15 tahun pulang ke rumah selepas mengesyaki sesuatu berlaku kepada kakaknya susulan daripada mangsa tidak menjawab panggilannya selepas waktu persekolahan.

Nak jana duit lebih? Nak dapat duit dengan jual satay online? RUJUK SINI.

Sampai di rumah, Syuhada melihat kakaknya tertiarap di ruang tamu dengan pergelangan tangan kirinya putus. Menyangka kakaknya terkena renjatan elektrik, Syuhada terus menghubungi bapanya, Ismail Muda, 58 tahun yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Perselisihan Faham Berakhir Tragedi, Kronologi Ringkas Remaja Perempuan Maut Di Tangan Rakan 1
Mangsa, Siti Nur Surya

Memberitahu kepada media, Ismail menjangkakan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.30 pagi iaitu sejurus selepas anak lelakinya, Mohd Zaid Azroi, 28 tahun pulang ke rumah untuk menghantar bubur nasi sebelum keluar semula ke tempat kerja selepas selesai sarapan.

Ini kerana bubur nasi yang dibeli Mohd Zaid tidak terusik selain daripada lampin isterinya masih basah tanda belum ditukar.

Pada awalnya, polis menyangkakan ianya adalah rompakan kerana wang perbelanjaan harian sebanyak RM400, wang RM2,000 dalam beg tangan mangsa serta dua buah telefon bimbit hilang.

Perselisihan Faham Berakhir Tragedi, Kronologi Ringkas Remaja Perempuan Maut Di Tangan Rakan
Ismail di hadapan rumah; lokasi kejadian.

Ismail yang pada awalnya turut menjangkakan bahawa pelakunya adalah perempuan namun tidak mengetahui siapa berdasarkan daripada kesan tapak kaki kecil dan berniat untuk merompak. Tambah pula bedak ditabur pada pintu almari bagi menghilangkan kesan cap jari.

Hanya satu-satunya saksi kejadian yang ada ialah ibu mangsa yang terlantar kerana kanser otak yang dihadapi. Namun, berdasarkan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran, pihak polis telah memanggil rakan mangsa untuk memberikan keterangan di Balai Polis Telemong.

BACA: MRT Terjejas Bukan Angkara Cubaan Bunuh Diri Tapi Curi Kabel

Tetapi keterangan berkenaan agak mencurigakan selain daripada mereka mendapati di badan suspek terdapat beberapa kecederaan termasuklah gigitan pada lengan dan badan suspek sebelum suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan lanjut di rumah suspek, pihak polis menjumpai beberapa barangan termasuklah wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa.

Ada YouTube tapi tontonan kurang? Jom belajar caranya DI SINI.

Menerangkan kepada pihak media di IPD Hulu Terengganu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, kira-kira dalam jam 9 pagi ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata mengata yang menyebabkan suspek marah sebelum berlakunya pergelutan.

Suspek kemudiannya mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar pergelangan kiri mangsa beberapa kali sehingga putus.

Suspek yang masih belajar di Tingkatan Enam kemudiannya ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang hari ini untuk permohonan reman dan keputusannya suspek direman selama tujuh hari.

“Betul ke dia yang bunuh?”

Reaksi Ismail semasa dimaklumkan mengenai hal tersebut amat memilukan orang ramai. Tidak percaya anaknya menjadi mangsa rakan sendiri, Ismail memberitahu mangsa sudah lama tidak berkawan dengan suspek dan tidak tahu apa yang berlaku sehingga membawa kepada tragedi ini.

Kes Bunuh Surya
Ismail semasa proses pengebumian Surya.

Ditanya sama ada ibu mangsa tahu atau tidak mengenai kejadian tersebut, ini jawapan Ismail.

“Dia bertanya kakak mana, dan saya hanya menjawab kakak demam. Saya rasa dia (isteri) tidak tahu dengan apa yang berlaku.

Pada zahirnya juga tidak nampak dia bersedih dengan apa yang berlaku, tetapi batinnya kita tak tahu.”

Di media sosial, tular tangkap layar pembualan di aplikasi WhatsApp yang mana menceritakan mengenai kronologi perincian mengenai kejadian melibatkan remaja perempuan tersebut. Namun kami tidak pasti sejauh mana kesahihan cerita berkenaan.

Kes bunuh di hadapan mak di Terengganu semalam. Pelaku adalah kawan baik sendiri.

Posted by Milo Tabur Viral on Monday, 2 November 2020

Jika anda ada masalah kewangan dan rakan tidak membantu, jangan marah pada mereka kerana dalam keadaan wabak pandemik ini semua orang berada dalam kesusahan.

Tambah pula jika anda berada dalam kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat dan sebagainya, ada cara lain untuk anda jana pendapatan sendiri.

Sebagai contoh, seorang suri rumah ini bangkit dan berjaya menyelesaikan hutangnya yang bernilai hampir/lebih setengah juta!

Untuk kisahnya anda boleh RUJUK DI SINI.

Atau anda juga boleh buat jualan di Shopee, platform paling mudah untuk buat duit.

RUJUK DI SINI untuk panduan menjual di Shopee.