Pesawat Salah Destinasi, Tuju Ke Jerman Tapi Mendarat Di Scotland

Pesawat Salah Mendarat
Sumber: Fox News

Sebuah pesawat British Airways dari London yang sepatutnya ke Dussledorf, Jerman secara tidak sengaja terbang ke Edinburgh.

Para penumpang hanya menyedari kesilapan itu apabila juruterbang mengumumkan bahawa pesawat berkenaan akan mendarat di Edinburgh, yang terletak sekitar 800 kilometer dari Dusseldorf.

Pesawat Salah Mendarat
Sumber: Corporate Dispatch

Salah seorang penumpang berkata, dia menyedari seperti ada yang tidak kena apabila melihat pemandangan gunung di luar pesawat dan bukannya landskap perindustrian Jerman.

“Apabila kami mula turun dari pesawat dan melihat beberapa pergunungan, saya fikir ini bukan pemandangan Jerman Barat yang sepatutnya. Dan apabila melihat Google Maps, lokasinya menunjukkan kami berada di sekitar Carlisle, Scotland.”

Selepas kru penerbangan sedar akan kesilapan itu, pesawat tersebut mengisi minyak sebelum melakukan penerbangan ke Dusseldorf. Ia akhirnya mendarat di Jerman setelah tertangguh lebih tiga jam setengah dari jadual asal.

Situasi itu dianggap menghiburkan mereka walaupun berada di destinasi yang salah sebelum bertukar ke destinasi yang sebetulnya. Bagaimanapun, salah seorang penumpang, Sophie Cooke memberitahu BBC persinggahan itu menyusahkan kerana tandas disekat dan banyak makanan ringan habis.

Punca kesilapan itu berlaku masih dalam siasatan.

Sumber: CNN Travel

 

Nak makan pun sayang kalau macam ini cantiknya pastri.

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.