Pesawat Terbang Dengan Jarak Terjauh Di Dunia Milik Singapore Airlines Bernilai USD317 Juta

singapore airlines airbus a350-900

Singapore Airlines telah melancarkan semula penerbangan jarak jauh terpanjang di dunia dengan jarak 10,000 batu tanpa henti di antara Lapangan Terbang Changi di Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di luar bandaraya New York.

Penerbangan yang memakan masa selama 18 jam panjangnya itu diterbangkan dengan pesawat Airbus A350-900 Ultra Long Range ataupun ULR.

Sebelum ini, Singapore Airlines menyediakan servis penerbangan ini bermula tahun 2004 sehingga 2013 menggunakan pesawat Airbus. Walaupun ia mampu terbang jauh, namun pesawat ini sangat tidak ekonomi kerana memerlukan penggunaan minyak yang amat tinggi untuk menampung empat enjinnya. Walaupun jika pesawat ini membuat pakej kelas perniagaan sahaja, ia tidak mampu menjana pendapatan yang berbaloi kepada syarikat.

Menurut Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Singapore Airlines, Campbell Wilson, empat enjin pesawat A340-500 direka pada tahun 90-an dan dibeli ketika harga minyak ketika itu bernilai $19 setong namun apabila harga minyak meningkat kepada $119 setong, teknologi ketika itu telah sampai kepada hadnya. Disebabkan itu pihak Singapore Airlines telah meminta pihak Airbus untuk membina sebuat pesawat yang lebih moden dan boleh beroperasi dengan lebih ekonomi.

Disitulah terbinanya Airbus A350-900 ULR yang bernilai $317.4 juta.

singapore airlines airbus a350-900 2

Singapore Airlines memperkenalkan semula penerbangan ini apabila pesawat baru ini telah sedia untuk digunakan.

Perbezaan ketara antara pesawat A350-900 standard dan pesawat ULR adalah jarak penerbangannya. Airbus berjaya membina tangki tambahan berkapasiti 6,000 gelen minyak kedalam tangki kapal terbang tersebut. Hasilnya, jarak perjalanan dapat dipanjangkan daripada 9,300 batu kepada 11,100 batu.

Sumber: Business Insider