Petua Santan Tahan Lama Dan Tak Cepat Basi

Sumber: santansegarsno

Juadah masakan dan kuih muih tradisional kebanyakannya banyak menggunakan santan. Meskipun kini santan kotak telah mudah didapati, namun santan segar masih mendapat permintaan yang begitu tinggi. Ini kerana, santan segar memberikan rasa yang lebih lemak pada masakan.

Tips-Simpan-Santan-Kelapa-Agar-Tak-Mudah-Basi
Sumber: layar berita

Walaupun begitu, santan segar lebih mudah basi dan tidak tahan lama jika cara penyimpanannya salah. Malah santan yang disimpan di tempat beku dan terus digunakan untuk memasak mengakibatkan kuah masakan menjadi tidak cantik kerana santannya yang berketul-ketul.

Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan santan kekal tahan lama supaya tidak mudah basi? Gunakan petua yang kami kongsikan ini.

1. Bungkuskan plastik yang berisi santan menggunakan surat khabar.

2. Simpan santan ke dalam peti sejuk di bahagian pembeku.

3. Hasilnya, santan lebih tahan lama. Malah kesegarannya juga masih kekal.

Jika anda mempunyai petua lain untuk mengekalkan kesegaran santan, boleh kongsikan bersama kami.
Sharing is caring.