Premis Kari Kepala Ikan Bangsar Kini Beroperasi Cara ‘Food Truck’ Selepas Dirobohkan

Sumber: FB

Premis Kari Kepala Ikan Bangsar, Anuar Kari Kepala Ikan yang diarahkan tutup Februari lalu oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selepas didapati dalam keadaan kotor dan tidak disucikan kini meneruskan beroperasi cara food truck.

Terkenal sebagai lokasi makanan bajet di Bangsar kerana menawarkan menu serendah RM3 kepada pelanggan, perniagaan gaya baharu ini masih beroperasi di lokasi sama.

Kami beroperasi seperti biasa di parking di hadapan Kedai (Food Truck) Pick up dan delivery sahaja!!!

Posted by Bangsar FISH HEAD Corner on Sunday, June 14, 2020

Untuk makluman, premis ini sudah dirobohkan dan akan dinaik taraf oleh pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dan mengambil masa sekitar tiga bulan untuk siap sepenuhnya.

Anuar Kari Kepala Ikan Kotor

Selain daripada boleh membungkus, premis Kari Kepala Ikan Anuar ini turut menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan.

Lets place your orders by click the below link -:www.wasap.my/+60166777703/BFC

Posted by Bangsar FISH HEAD Corner on Monday, June 1, 2020

Terdahulu, premis berkenaan menerima notis pada 10 Februari dan diberikan tempoh selama 14 hari sehingga 24 Februari lalu bagi kerja-kerja pemberishan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.