Profesor Harvard Saran Makan 6 Batang Kentang Goreng Untuk Setiap Hidangan

6 batang kentang goreng
Sumber: Tasty Yummies

Kentang goreng atau french fries ialah hidangan sampingan yang dimakan pada bila-bila masa sahaja oleh semua golongan tidak kiralah yang muda atau tua, tidak akan menolak menu makanan ini.

Cara makannya berbeza-beza mengikut citarasa masing-masing. Setiap hidangan pula, mestilah kita ambil sekurang-kurangnya segenggam. Baru terasa kenikmatannya kan?

6 batang kentang goreng
Sumber: FoodsForBetterHealth

Namun, seorang profesor dari Universiti Harvard mendakwa hanya boleh makan 6 batang kentang goreng untuk setiap hidangan! Beliau berkata, saiz hidangan itu sangat ideal untuk memastikan cara pemakanan yang sihat.

Beliau menjelaskan dalam artikel yang disiarkan di New York Times, kentang goreng mengandungi “bom kanji” yang telah terbukti menyumbang kepada obesiti, diabetes dan penyakit yang lain. Beliau juga menyatakan kentang goreng tidak mengandungi nutrisi kerana dimasak dalam minyak goreng.

Jika mahu makan kentang goreng, beliau mencadangkan untuk menghadkan saiz hidangan kepada 6 batang kentang sahaja. Cadangan beliau juga adalah lebih baik jika hidangan kentang goreng dimakan bersama salad.

Mana cukup!

Berlainan pula dengan saranan Jabatan Pertanian Amerika, saiz hidangan boleh diambil 12 hingga 14 batang kentang goreng (kira-kira 140 kalori) namun profesor tersebut kurang bersetuju dan menyatakan dia lebih mengetahui cara pemakanan sihat.

Kenyataan itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen negara barat di laman sosial Twitter.

Katanya terasa berada di dalam ‘neraka’ jika boleh makan 6 batang kentang goreng sahaja.

Meskipun kentang mengandungi banyak kanji, hidangan ini masih boleh dimakan secara sihat jika memasaknya dengan kaedah yang betul seperti membakar kentang. Masalah akan timbul jika kentang digoreng dalam minyak yang banyak, boleh mengakibatkan peningkatan kalori, lemak dan natrium dan akan menyumbang penyakit.

Kesimpulannya, kenyataan profesor Harvard itu ada juga betulnya, boleh makan kentang goreng, tetapi perlu makan dalam kuantiti yang kecil atau menyediakannya dengan cara sihat.

Apa pendapat anda?

Sumber: Meredith