Pulau Alabat, Filipina Punyai Lebih 100 Pasangan Kembar

kembar
Kredit: Newslion

Sebuah pulau tropika di Filipina yang menempatkan lebih 100 pasangan kembar telah memberi fenomena baru kepada para doktor dan saintis.

Mengikut lagenda tempatan, kejadian aneh ini berlaku di pulau ini sejak beberapa generasi terdahulu.

kembar

Kini terdapat hampir 78 pasangan kembar tak seiras dan 22 pasangan kembar seiras, termasuk juga 1 pasangan kembar siam.

Kebanyakan daripada pasangan kembar ini akan memakai pakaian yang sama dengan antara mereka walaupun telah menjejak dewasa. Ini menjadikan ianya sukar untuk orang luar mengenal pasti identiti salah seorang daripada pasangan kembar tersebut.

Pasangan kembar termuda di pulau Alabat ini adalah Gian dan John yang berusia 4 bulan dan pasangan kembar tertua pula ialah Eudosia Meras dan Antonina Meras yang berusia 80 tahun.

kembar

kembar

kembar

kembar

Saintis dan doktor masih tidak dapat mengenalpasti punca kelahiran kembar yang ramai di pulau ini. Menurut rekod kelahiran pada tahun 2015, terdapat seramai 12 pasangan kembar lahir sepanjang tahun di pulau kecil tersebut.

Kajian mendalam sedang dijalankan terhadap fenomena ini. Doktor di Filipina berpendapat faktor genetik dan persekitaran antara penyumbang kepada terjadinya kelahiran kembar dengan jumlah yang ramai.

Sumber: Mirror