Pulau Pangkor Akan Dijadikan Pulau Bebas Cukai

Sumber: Cruisemapper

Melalui Belanjawan 2019 yang baru sahaja dibentangkan, Pulau Pangkor akan dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai baharu untuk merealisasikan potensi pulau itu sebagai pusat pelancongan seperti mana Pulau Langkawi.

pangkor
Sumber: Malaysia Maps

Bahkan taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai juga akan diperkembangkan lagi.

pangkor

Selain itu, kemudahan bebas cukai juga akan diberikan kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan kapal persiaran di situ.

Sektor pelancongan di Malaysia diharapkan akan lebih berkembang apabila Pulau Pangkor menjadi pulau bebas cukai kelak seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk setempat.