Pulau Pinang Cadang Kenakan Caj Kenderaan Luar

kenderaan luar pulau pinang dicaj
Sumber: Deenamik

Pulau Pinang bercadang untuk mengenakan caj bagi kenderaan yang bukan berdaftar di negeri itu untuk menggalakkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam.

kenderaan luar pulau pinang dicaj
Sumber: Malaysian Insight

Idea yang dicadangkan wakil rakyat ADUN Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee menyatakan ia dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dengan pengurangan jumlah kenderaan di negeri itu. Menurutnya lagi, jika kerajaan negeri mahu menggerakkan manusia, kemudahan pengangkutan awam perlu dipertingkatkan.

Pulau Pinang kini dibanjiri dengan lebih satu juta kenderaan berbanding sedekad lalu, iaitu hanya 300,000 kenderaan di jalan raya.

Sebelum ini, kenderaan yang masuk Pulau Pinang menerusi kedua-dua Jambatan Pulau Pinang sememangya sudah disediakan tol. Jika cadangan ini dilaksanakan, ini menunjukkan caj berganda dikenakan iaitu caj masuk jalan raya melalui jambatan dan caj akses negeri seperti yang dicadangkan.

Setakat ini, Pulau Pinang sudah sedia ada perkhidmatan pengangkutan awam darat iaitu Rapid Penang yang meliputi hampir keseluruhan kawasan pulau dan pengangkutan awam laut Rapid Ferry yang membawa pengunjung dari seberang perai ke pulau.

Cadangan mengenakan caj terhadap kenderaan luar yang tidak berdaftar dari negeri itu baik untuk mengurangkan kesesakan jalan raya namun adakah ia mampu mengekalkan kadar pengunjung luar ke negeri itu?

kenderaan luar pulau pinang dicaj
Sumber: Flickr

Diharapkan kerajaan negeri Pulau Pinang perlulah menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di sana untuk memudahkan pergerakan orang ramai terutama yang tinggal di luar negeri.

Sumber: Sinar Harian