Pusat Karaoke Manekineko Mesra Keluarga Kini Di Eko Cheras!

pusat karaoke manekineko
Sumber: 88razzi

Sering luangkan masa pergi ke pusat karaoke? Sudah bosan dengan pusat karaoke yang sama? Kini rangkaian pusat karaoke terbesar Jepun, pusat Karaoke Manekineko sudah berada di Kuala Lumpur.

pusat karaoke manekineko
Sumber: FB Karaoke Manekineko Malaysia

Pusat karaoke yang dimiliki oleh Koshidaka Holdings Co, mempunyai 520 cawangan di Jepun, Korea, Singapura dan kini berada di Malaysia iaitu di EkoCheras Mall. Reka bentuk dalaman Manekineko yang bertemakan beckoning cat iaitu kucing pembawa tuah bukan sahaja disukai pencinta kucing malah disukai kanak-kanak dengan karikatur kucing comel dan berwarna warni. Terasa seperti berada di taman kanak-kanak.

Karaoke Manekineko mempunyai 30 bilik karaoke yang luas serta selesa dan dua bilik VIP yang dilengkapi dengan pool table, cukup memuatkan sehingga 30 orang. Mereka menawarkan makanan ringan dan minuman percuma kepada setiap pelanggan kecuali makanan berat perlu dipesan di kaunter.

Selain itu, Manekineko menawarkan lebih daripada 180,000 lagu dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Jepun, Korea dan banyak lagi. Ada juga beberapa bilik yang mempunyai mikrofon berdiri berwarna emas untuk mereka yang acah diva apabila menyanyi.

Manekineko Malaysia menggunakan konsep yang sama di cawangan Jepun seperti jaminan keselamatan, harga yang berpatutan, dan mesra pengguna. Paling menarik, semua generasi tidak kiralah yang tua atau muda boleh meluangkan masa untuk berhibur ke pusat karaoke ini.

Berkonsepkan mesra keluarga, bilik karaoke di sini direka khas untuk keluarga yang membawa anak-anak kecil. Jadi, ibu bapa dapat bermesra menyanyi bersama sementara anak-anak mereka berseronok di bahagian kanak-kanak!

pusat karaoke manekineko
Sumber: FB Karaoke Manekineko Malaysia
pusat karaoke manekineko
Sumber: FB Karaoke Manekineko Malaysia
pusat karaoke manekineko
Sumber: FB Karaoke Manekineko Malaysia
pusat karaoke manekineko
Sumber: FB Karaoke Manekineko Malaysia

Beroperasi pada pukul 11 pagi hingga 3 pagi dengan harga berbeza mengikut waktu. Harga bermula serendah RM10 hingga RM35 untuk setiap kepala, bergantung mengikut hari dan sesi. Jika anda seorang pelajar atau warga emas, anda mungkin dapat menikmati Happy Hour dengan harga diskaun pada hari-hari biasa!

Boleh ikuti laman FB Manekineko Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.