Raja Permaisuri Agong Mencemar Duli Sebagai ‘Tukang Masak’ Rakyat Pahang

Sumber: MStar

Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar hari ini secara rasminya bergelar Raja Permaisuri Agong Malaysia. Cukup dikenali dengan sifat suka meraikan rakyat dan lemah lembut, Tunku Azizah rupanya sangat gemar memasak.

Sudah terbiasa masuk ke dapur seawal usia lima tahun di bawah pengawasan pengasuh dirajanya, baginda pernah mengikuti pendidikan masakan tidak formal di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI). Sangat disayangi rakyat Pahang, Tunku Azizah tidak pernah menjadikan darah diraja yang mengalir dalam dirinya sebagai penghalang untuk mendekati rakyat.

Raja Permaisuri Agong
Sumber: Kosmo

Pernah menghasilkan tiga buah buku masakan iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang (2007), Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang (2018) dan Buku Masakan Tradisional Pahang (2018), Raja Permaisuri Agong ini amat meminati bidang masakan disebabkan dorongan yang diberikan oleh Almarhum ayahanda baginda Sultan Iskandar.

Kecekapan baginda beraksi di dapur memang tidak dapat disangkal. Ini terbukti apabila baginda sendiri sanggup mencemar duli ke pusat pemindahan banjir Pahang sebagai tukang masak bagi memastikan mangsa banjir mendapat makanan lazat dan mencukupi sepanjang tempoh tersebut.

Banjir merupakan bencana biasa yang berlaku hampir setiap tahun di Malaysia semasa musim tengkujuh dan Pahang termasuk dalam senarai antara negeri yang sering dilanda banjir.

Menu yang sering menjadi pilihan baginda ialah ayam masak merah dan sardin. Ikan sardin tidak pernah dipotong kecil kerana bagi baginda apabila hendak menjamu orang biarlah yang dijamu itu puas hati dan kenyang.

Raja Permaisuri Agong

Sering turun padang mencemar duli memasak untuk rakyat di pusat pemindahan banjir yang baginda mulakan pada 2013, adakalanya baginda akan sediakan sendiri bahan makanan tambah seperti bancuhan jemput-jemput untuk minum petang.

Suka melakukan kerja memasak secara sendirian, baginda Raja Permaisuri Agong dibantu oleh pekerja seperti dihulurkan bahan-bahan. Tempoh penyediaan makanan yang baginda perlukan hanyalah sekitar 20 minit bagi ayam masak merah.

Peka dengan rasa kehilangan mangsa tragedi banjir, baginda Raja Permaisuri Agong mendekati wanita dan kanak-kanak di pusat pemindahan bagi mengubat sedikit rasa kesedihan rakyat jelata kesayangan baginda.

Tidak pernah lokek ilmu mengenai bidang masakan, baginda juga gemar bertanya sekiranya resepi baharu yang baginda jumpa itu boleh dikongsikan kepadanya. Ada antara tukang masak tidak menggunakan sukatan tepat, jadi baginda sendiri akan timbang dan catit kuantiti bahan yang digunakan.

Sumber: MStar, MalaysiaKini

Cantik-cantik pulau di Phuket. Nak tahu apa pilihan pelancong bila ke Phuket?

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

Cantik betul pulau-pulau di Phuket. Terus rasa nak cari tiket ke sana.

Posted by MakanLena on Tuesday, January 29, 2019