Ramah Mesra Dengan Buaya Prasejarah Di Jurassic Croc, Tarikan Baharu Taman Buaya Langkawi

Jurassic Croc Taman Buaya Langkawi

Tahukah anda? Taman Buaya Langkawi yang dikenali Crocodile Adventureland Langkawi pernah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai taman buaya terbesar di negara ini?

Turut memenangi anugerah kecemerlangan daripada laman sesawang pelancongan dunia TripAdvisor, Taman Buaya Langkawi membawa pengunjung pengalaman percutian yang lebih mengujakan dengan tarikan baharu di sana iaitu Jurassic Croc.

Tarikan baharu ini menampilkan replika seekor buaya gergasi daripada spesies Sarcosuchus berukuran 15.24 meter yang pernah hidup di zaman dinosaur. Pengunjung turut disambut oleh dua dinosaur iaitu Velociraptor dan Dilophosaurus serta berpeluang berswafoto dengan haiwan prasejarah itu.

Replika buaya Sarcosuchus ataupun ‘Super Croc’ merupakan buaya animatronik yang terbesar pernah dipamerkan di dunia dan telah dibuka untuk tontonan umum mulai pertengahan Disember tahun lalu.

Jurassic Croc Taman Buaya Langkawi

 

Di taman buaya ini menempatkan lebih 4,000 ekor reptilia iaitu daripada enam spesis (buaya) antaranya Tomistoma, Siamese, Guinea dan Saltwater (Buaya Tembaga).

Di samping ‘beramah mesra’ dengan haiwan prasejarah ini, pengunjung terutama kanak-kanak dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai dinosaur menerusi papan-papan maklumat yang diletakkan di sekitar taman interaktif itu.

Jurassic Croc Taman Buaya Langkawi
Sumber: Bernama

Selain Jurassic Croc, taman buaya itu turut memiliki tarikan lain seperti ‘Bujang Basar’, buaya tembaga jantan gergasi berukuran 4.6 meter dengan berat hampir satu tan yang dinobatkan memiliki ukuran badan terpanjang dan terberat pernah ditempatkan dalam taman buaya di negara ini.

Jurassic Croc Taman Buaya Langkawi

Aktiviti yang boleh dibuat di sini iaitu berpeluang melihat kakitangan terlatih memberi makan reptilia ganas yang ditempatkan di kolam khas, merasai pengalaman ‘pancing’ buaya serta pelbagai lagi tarikan di taman buaya terbesar di Malaysia itu.

Alamat: Crocodile Adventureland Langkawi, Mukim Air Hangat, Jalan Datai, Kampung Kubang Badak, 07000 Langkawi, Kedah.

Waktu melawat: Setiap hari (8.00 am – 6.00 pm)

Sumber: Astro Awani