Rapid KL Bantu Penumpang Kehilangan Tupperware

Pasti ada dikalangan ibu-ibu anda di luar sana memiliki mangkuk plastik berjenama Tupperware bukan? Kalau nak ikutkan, ini adalah antara barang yang bernilai tinggi pada mata ibu-ibu kita. Bayangkanlah anda terhilangkan plastik tersebut.

Atas kesedaran betapa bernilainya mangkuk plastik tersebut, Rapid KL telah membantu penumpang ini yang telah tertinggal mangkuk plastik Tupperware di dalam MRT dengan membuat pengumuman seperti berikut.

Kepada pemilik Tupperware ini, sila datang ke MRT TTDI dengan kadar segera. Tertinggal nasi dengan kari ayam, kami boleh…

Posted by Rapid KL on Rabu, 10 Oktober 2018

Legend betul cara admin Rapid KL mengendalikan situasi ini bukan? Ini berjaya menarik perhatian netizen di luar sana untuk berinteraksi dengan pihak Rapid KL.

Yang menariknya, pemilik mangkuk plastik Tupperware berkenaan telah berjaya ditemui dan membuat jawapan balas seperti berikut.

Rapid KL

Jawapan balas admin Rapid KL kelakar pula tu. Memang menarik untuk kita ikuti.

Kudos untuk pihak Rapid KL. Ini merupakan salah satu contoh perkihidmatan pelanggan secara digital yang baik dan patut dicontohi oleh syarikat yang lain.