Rasai Pengalaman Salji Sebenar Di SnoWalk i-City Shah Alam

SnoWalk i-City
Sumber: Youtube

Satu perkara kita tidak dapat rasai di Malaysia iaitu musim sejuk. Walaupun kita tidak boleh merasai pengalaman keajaiban musim sejuk di Malayisa, kita masih dapat menikmati suasana berada di kawasan bersalji di SnoWalk, i-City Shah Alam.

SnoWalk i-City
Sumber: Star 2

Di SnoWalk anda boleh rasai pengalaman salji turun, melihat pelbagai bentuk arca ais, bermain ais luncur dan segalanya yang anda perlukan untuk menikmati pengalaman musim sejuk yang mengujakan. Lebih menarik lagi, SnoWalk telah diperbaharui dengan tema baharu, pertambahan patung karakter fiksyen, menawarkan pengunjung pengalaman berada di kawasan bersalji secara sebenar.

SnoWalk mempunyai pelbagai jenis arca ais seperti watak-watak fiksyen Thomas The Tank Engine dan watak-watak Ice Age. Juga terdapat kek hari jadi gergasi diperbuat daripada ais dan pagar sesat berais untuk kanak-kanak. Selain itu, ada juga singgahsana yang diperbuat daripada ais untuk anda duduk sambil berimaginasi seperti seorang Raja/ Ratu Ais!

Selain arca ais, SnoWalk juga mempunyai pelbagai jenis patung salji iaitu ciri baharu di taman tema itu. Ya, anda dapat melihat dan bergambar dengan Snowmen!

SnoWalk i-City
Sumber: New Malaysia News
SnoWalk i-City
Sumber: i-City Themepark

Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di SnoWalk ialah icy car/ toboggan rides dan berski. Tarikan terbaharu SnoWalk menjanjikan dataran yang luas dengan ketebalan salji di sepanjang jalan serta merasai salji turun dari siling di taman tema tersebut.

Jangan lepaskan peluang mengambil gambar kenangan ketika salji turun berlatar belakangkan sebuah perkampungan kecil dan patung beruang kutub yang comel! Pengunjung juga dibenarkan bermain perang salji (snowball), pasti pengalaman baharu di SnoWalk akan menjadi lebih menyeronokkan.

Tips pergi ke SnoWalk i-City Shah Alam:

1. Pakai/ bawa kasut dari rumah. Jimat duit tidak perlu sewa kasut bot di sana.
2. Jaket disediakan tetapi jika mahu bawa sendiri punya digalakkan sebab memang sejuk dalam SnoWalk.
3. Pakai/ bawa stokin tebal.
4. Jika ada sarung tangan sendiri lebih digalakkan memakainya di sana.

SnoWalk i-City dibuka seawal 11 pagi hingga tengah malam setiap hari. Kini, anda boleh membeli tiket i-City secara atas talian tanpa perlu beratur panjang! Muat turun aplikasi i-City Mobile di Google Play atau Apple Store.

Sumber: Star 2