Remaja Mati Tercekik Biji Boba Akibat Sedut Terlampau Kuat

mati tercekik biji boba

Minuman boba kini menjadi trend bukan sahaja di Malayisa, malahan negara-negara lain juga tidak terkecuali dengan penangan minuman tular itu. Ramai juga peniaga yang mengambil peluang untuk menjual minuman teh boba ini sehinggakan di Malaysia sahaja lebih sepuluh jenama teh boba yang ada.

Penangan teh boba ini membuatkan banyak kontroversi yang berlaku dan baru-baru ini seorang remaja berusia 19 tahun di China mati tercekik biji boba. Menurut Mothersip.sg, remaja itu membeli minuman teh boba bersama abangnya sebelum menuju ke rumah rakan.

mati tercekik biji boba
Sumber: Eater

Apabila tiba di rumah rakan, remaja tersebut tiba-tiba mengalami masalah sukar untuk bernafas dan tangannya bertukar hitam akibat kekurangan oksigen.

BACA: Sanggup Beratur Demi Teh Boba Tanda Tiada Keyakinan Diri – Perunding

Kemudian gadis tersebut tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital. Walaupun doktor telah berusaha memberikan bantuan pernafasan, malangnya gadis itu sudah disahkan meninggal dunia.

Menurut laporan, remaja tersebut sesak nafas akibat 3 biji boba tersangkut di saluran trakea dipercayai kerana menyedut minuman terlalu kuat lalu membuatkan dia tercekik.

Kekurangan oksigen akibat biji boba yang tersangkut itu menyebabkan remaja itu sesak nafas.

Jadi, minum teh boba kenalah berhati-hati sebab perkara yang kita tidak jangka itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya. Minumlah secara berhemah ya lepas ni.

Sumber: Mothership.sg