Resepi Sambal Ayam Penyet Sedap

Sambal Ayam Penyet
Sumber: Catatan Sue Ezza

Tidak lengkap hidangan nasi ayam penyet jika dihidangkan tanpa sambal pedas yang digaulkan bersama nasi dan ayam bercampur pula dengan salad dan timun, pergh memang menyelerakan jika dimakan panas panas!

Ada yang memanggil sebagai sambal loteh, ianya menjadi pelengkap makanan lauk lain seperti ikan keli dan daging bakar.

Sambal Ayam Penyet
Sumber: Sedap Food

Buat penggemar sambal ini, tak perlu susah payah cari kedai yang menjual nasi ayam penyet semata-mata kerana mengidamkan Sambal Ayam Penyet tersebut. Kami kongsikan resepi daripada laman Facebook Puan Ira Idris untuk anda cuba di rumah dan simpan untuk stok seminggu.

Bahan-bahan:

Perlu digoreng terlebih dahulu:
30 biji cili padi merah
12 biji cili merah (dipotong)
4 biji tomato (dipotong)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci belacan (dibakar)

Sambal Ayam Penyet
Sumber: Facebook Ira Idris

Bahan lain:

Sedikit air asam jawa
Gula
Garam

Cara-caranya:

1. Tumbuk atau kisarkan semua bahan di atas.
2. Masuk semua bahan ke dalam kuali dan goreng sehingga naik minyak.
3. Campurkan belacan dan sedikit air asam jawa bersama gula dan garam secukup rasa.
4. Sejukkan Sambal Ayam Penyet terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam bekas.

Kami laki bini memang lah penggemar sambal ayam penyet ni , kalau pegi makan kat luar tu siap request nak sambal lebih 😂…

Posted by Ira Idris on Wednesday, November 21, 2018

Tip: Semasa menumis bahan, pastikan cili betul-betul masak (untuk Sambal Ayam Penyet tahan lebih lama).

Sumber: Ira Idris

Sambil-sambil kacau sambal dalam periuk tu, jom tengok video top 5 makanan jalanan yang terkenal di dunia dalam paparan di bawah.

5 Antara Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.