Resipi Aiskrim Kacang Hijau Yang Sangat Sedap

Aiskrim kacang hijau masih menjadi pilihan ramai meskipun masa kini pelbagai perisa aiskrim diperkenalkan sehingga viral. Aiskrim kacang hijau yang manis dan lemak, ternyata menambahkan lagi kelazatan berganda kepada peminatnya.

photo
Sumber: Cookpad

Mudah sahaja nak buat aiskrim kacang hijau ini. Bahan yang digunakan juga murah dan senang dicari. Jom kita cuba buat aiskrim kacang hijau dengan menggunakan resipi yang kami kongsikan ini.

Bahan-bahan:

Kacang hijau – 3 cawan
Santan – 3 cawan
Gula Pasir – 2 cawan
Secubit garam
Plastik aiskrim

Cara-caranya:

1. Rebuskan kacang hijau hingga empuk.
2. Bila kacang hijau dah empuk, masukkan santan, gula pasir dan secubit garam.
3. Sentiasa kacau kacang hijau hingga masak sempurna seperti bubur kacang.
4. Akhir sekali, tutupkan api dan biarkan sejuk baru diisi ke dalam plastik aiskrim.

Selamat mencuba!