Resipi Aiskrim Malaysia Ala Magnum Viral Yang Anda Perlu Cuba

aiskrim ala magnum viral
Sumber: FB Raja Amanina

Kita dah pernah lihat dan cuba aiskrim Malaysia alaf baharu yang mempunyai pelbagai jenis perisa menarik seperti aiskrim choki-choki, aiskrim jelly lolipop, aiskrim nutella, aiskrim cumi, aiskrim orea dan banyak lagi.

Tapi pernahkah anda terfikir untuk membuat aiskrim jenama yang boleh dikatakan mahal iaitu aiskrim Magnum? Seorang pengguna Facebook, Raja Amanina telah berkongsi resipi aiskrim ala Magnum versi aiskrim Malaysia yang boleh buat sendiri di rumah.

Ini resipi aiskrim ala magnum:

Bahan aiskrim:
2 cawan whipping krim (dairy) -guna susu cair/ susu penuh krim pun boleh
1/2cawan susu pekat
1 sudu kecil ovellate
Sedikit esen vanila

Campur dan kisar kesemua bahan hingga kembang gebu. Kisar hingga adunan kembang 2 kali ganda.

aiskrim ala magnum viral
Sumber: FB Raja Amanina

Bahan coklat:

350gm coklat masakan/ dark chocolate
1. double boiling hingga cair, apabila sudah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan. Agak-agak sahaja, tak nipis sangat tak tebal sangat.
2. Tuang adunan aiskrim dan bekukan 5-6 jam atau semalaman.

Nota kaki:
1. Salutan coklat tak perlu mengeras, kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim
2. Nak lagi senang buat pendek-pendek je.
3. Adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur, jangan risau kalau guna resipi yang ini. Adunan aiskrim likat boleh tuang macam biasa sahaja.
4. Coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik, coklat akan lekat dikeliling plastik, jadi bahagian tengah-tengah tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah.

Mudah sahaja bukan? Buat sendiri boleh makan banyak mana dan kos pun amatlah murah, anak-anak pasti suka. Selamat mencuba!

Sumber: Raja Amanina