Resipi Ayam Masak Asam Pedas Nyonya ‘Kaw’ Memukau

Sumber: Buku Resepi

Biasa kita dengar ikan masak asam pedas kan? Apa kata kali ini cuba resipi ayam masak asam pedas kaw, rahsia masakan Nyonya yang paling sedap. Ramai sebenarnya yang rasa pelik bila dengar menu ini, tapi ketahuilah resipi asam pedas Nyonya ini memeng tiada tandingan rasanya.

Bahan-bahan:

*1 ekor ayam (dipotong ikut pilihan saiz)
*35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan tos)
*7 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 inci kunyit
*1 inci halia
*Sebesar saiz ibu jari belacan
*1 batang serai (dititik)
*50 gram daun kesum
*Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
*Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
*3 cawan air
*Garam secukup rasa

Cara masak:

1. Kisar sekali cili kering, bawang merah , bawang putih, kunyit, halia dan belacan.

2. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing.

3. Masukkan ayam, bunga kantan dan daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam separuh masak.

4. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa sebelum tambah air.

5. Tutup kuali dan tunggu sehingga ayam masak sebelum dihidangkan.

Resipi Ayam Masak Asam Pedas
Sumber: Resep2Koe

**Kuah ayam asam pedas akan lebih pekat jika dibandingkan dengan ikan masak asam pedas.

**Asam pedas ayam biasanya agak berminyak; minyak dari ayam.

**Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam atau potongan cili api.

**Nak lagi sedap? Tambahkan daun kesum, tomato dan bendi. Memang kaw rasa kuah ayam nanti.

Sumber: MyResipi

Tanpa sedar makanan kita menjadi racun.

6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.