Resipi Ayam Masak Halia, Harum Mewangi

Sumber: Maggi

Resipi ayam masak halia ini sangat sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk membuang angin dalam badan. Menjadi kegemaran mak-mak, ayam masak halia ini bukan sahaja sedap tapi juga wangi semerbak. Memang nikmat betul baunya.

Susah? Taklah. Mudah sahaja. Ikut langkah dan cara di bawah.

Bahan-Bahan:

*500 gram ayam, potong kecil
*4 ulas bawang putih, hiris nipis
*2cm halia, dihiris halus memanjang
*1 sudu besar kicap cair
*1 sudu besar sos tiram
*1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
*1 biji cili merah, hiris nipis
*1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
*1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
*Minyak masak, untuk goreng ayam
*Sedikit lada sulah atau lada hitam
*Sedikit garam dan kunyit
*Garam dan gula, secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Resipi Ayam Masak Halia

Dah siap. Nak lagi wangi, tabur daun bawang di atas hidangan. Senang sahaja kan?

Sumber: Resipi.com

Bulan puasa kalau nak makan di Al Rawsha kena buat tempahan tau. Kalau tak penuh nanti.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.