Resipi Biskut Crunchy Caramel Almond Tanpa Guna Tepung Florentine

Biskut Florentine Tanpa Tepung

Resipi biskut crunchy caramel almond tanpa guna tepung florentine.

Setiap kali menjelang Aidilfitri, biskut atau kuih raya antara hidangan wajib yang mesti ada atas meja untuk tetamu yang berziarah raya.

Seiring dengan peredaran zaman, biskut raya juga mengalami pelbagai inovasi dari segi resepi dan cara pembuatannya. Antara biskut raya popular dibuat semasa musim perayaan ialah tart nanas, almond london, semperit, cornflakes madu, mazola, dan biskut cruchy caramel almond.

Biskut crunchy caramel almond atau juga dikenali sebagai biskut florentine adalah biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Nama florentine diambil dari nama tepung yang digunakan dalam resipinya.

Biskut florentine sememangnya sangat mudah disediakan kerana bahan-bahan yang digunakan tidak perlu untuk melakukan proses yang begitu lama. Bintang utama biskut ini mestilah tepungnya yang sudah pun mengandungi gula.

Tetapi, bahan-bahan biskut ini sedikit mahal berbanding biskut raya yang lain walaupun cara membuatnya sangat mudah. Namun, ada cara lebih mudah untuk membuat biskut florentine ini tanpa menggunakan tepung florentine!

Kejadian dan rasa masih sama! Jom lihat resipi biskut florentine atau nama sebenarnya crunchy caramel almond ini yang dikongsi oleh Ezani, juara pertama Masterchef Malaysia.

Biskut Florentine Tanpa Tepung
Sumber: FB

Bahan-bahan:

225 gram mentega
2 ¼ cawan gula perang
3 cawan kekacang campuran (saya gunakan badam hiris, sunflower seeds, pumpkin seeds yang dipanggang sebentar dlm ketuhar)
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak/ baking paper/ parchment paper.

2. Cairkan mentega dan gula perang di dalam periuk dengan api sederhana. Kacau dengansenduk kayu sehingga mentega cair. Masukkan kekacang, tepung, telur, dan esen vanila dan kacau rata.

3. Gunakan sudu kecil untuk membentuk adunan di atas dulang. Jarakkan kira-kira 2 inci di antara setiap adunan kerana biskut akan mengembang.

4. Bakar selama 5-7 minit. Pastikan sentiasa berjaga-jaga kerana biskut ini mudah hangus. Bakar sehingga biskut perang keemasan.

5. Biarkan biskut menyejuk di atas dulang. Apabila biskut sudah sejuk dan garing, alihkan ke atas redai (wire rack). Biarkan biskut selama beberapa minit sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Selepas ini, bolehlah buat biskut florentine tanpa perlu membeli tepung florentine (jika tiada kesempatan). Selamat mencuba!

***
Kekal bertenaga ketika di bulan Ramadan dengan Amazin’ Graze. Boleh ke pautan ini untuk membeli kekacang dan bijirin dari syarikat tempatan.