Resipi ‘Bubble Homemade’ Halal Dan Sedap

Adakalanya kita teringin sangat nak makan pearl bubble yang dijadikan sebagai topping minuman kan. Teksturnya yang kenyal dan manis masa dihirup memang asyik betul kalau dapat dihirup waktu panas-panas macam ini.

Rasa macam susah nak buat? Eh, senang sahaja. Ikut langkah di bawah ini.

Bahan-bahan:

*2 cawan tepung ubi
*2 sudu makan tepung pulut
*Pewarna hitam secukupnya (boleh gantikan dengan kopi)
*Air panas secukupnya
*Secubit garam
*3 sudu makan gula
*Daun pandan

Cara Masak:

1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas.

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.

3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai.

4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.

5. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya bubble pearl menjadi berkilat dan daun pandan sebagai pewangi. Rebus bubble pearl selama 25-30 minit.

6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.

7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.

8. Boleh masukkan pearl bubble dalam minuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.

Resipi Pearl Bubble
Sumber: The World News Now

Tip 1: Pearl buble akan terapung apabila sudah masak.

Tip 2: Simpan pearl buble dalam sedikit air gula untuk warna yang lebih cantik dan tidak melekat.

Tip 3: Pearl buble boleh diwarnakan dengan warna lain; hanya guna pewarna makanan sahaja.

Kalau yang ragu-ragu dengan status halal pearl buble yang dijual di luar, bolehlah cuba buat sendiri. Tidaklah susah mana.

Sumber: Rasa

Siapa yang tak nak kongsi burger besar macam ini memang gelojoh orangnya.

7 Burger Besar Yang Wajib Dikongsi

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Burger Besar Yang Wajib Dikongsi

Jangan haraplah kau nak makan seorang burger-burger ni. Kongsilah…

Posted by MakanLena on Tuesday, February 26, 2019