Resipi Cucur Jawa Gula Merah Yang Sedap

Cucur jawa memang sedap dijadikan hidangan ketika bersarapan dan juga minum petang. Mudah sahaja rupanya nak buat cucur jawa ni. Bahan yang digunakan pun mudah dicari dan yang paling penting, kesemua bahannya telah sedia ada dirumah tanpa perlu bersusah payah cari di pasaraya. Jom cuba buat cucur jawa menggunakan resipi yang kami kongsikan ini.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
sedikit garam
2 cawan air

Cara-caranya:

1. Larutkan gula merah dengan 2 cawan air. Kemudian tapiskan dan kacau adunan tadi sehingga sebati. Jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan air.

2. Tutup adunan dan biarkan selama 3-4 jam.

3. Panaskan kuali dengan minyak yang cukup-cukup untuk menggoreng cucur jawa. Pastikan api kecil dan minyak cukup panas untuk menggoreng.

DSC00331
Sumber: Saripah Bakar

4. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan tunggu cucur mengembang hingga membentuk ropol di kelilingnya. Kemudian, baru balikkan cucur dan angkat.

Selamat mencuba!