Resipi Dadih Viral Seperti Di Pasar Malam, Guna Dua Bahan Sahaja

Resipi Dadih Viral

resipDadih atau dadiah merupakan hidangan tradisional Minangkabau yang diperbuat daripada susu lembu seperti yogurt yang diperam dalam bekas buluh atau sebarang bekas tertutup atau ditutup dengan daun pisang.

Secara tradisional, dadih sering dimakan dengan emping dan gula jawa. Dadih turut enak dimakan dengan nasi panas dan sambal.

Tapi di Malaysia, resipi dadih di sini mempunyai pelbagai perisa buah-buahan seperti jagung, keladi, strawberi, kelapa dan sebagainya. Terdapat juga dadih yang diperbuat daripada perisa yang sudah diproses seperti vanila, milo dan coklat.

Dadih yang sedap apabila rasanya lemak berkrim dengan teksturnya yang lembut dan cair di mulut. Paling nikmat dadih dimakan ketika ia sejuk, satu hidangan memang tak cukup!

Tahukah anda, dadih juga antara superfood yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh untuk melawan penyakit mahupun mengelakkan anda daripada diserang sebarang masalah kesihatan.

Nak dapatkan rasa dadih seperti yang dijual di pasar malam, kini anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Caranya amat mudah, hanya menggunakan dua bahan sahaja.

Resipi Dadih Viral
Sumber: FB

Resipi dadih lemak berkrim

Bahan-bahan:

1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g (guna 1/3 sahaja)
Gula ikut tahap kemanisan sendiri
Garam secukup rasa

Resipi Dadih Viral

Cara membuat:

1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut.
2. Setelah agar-agar larut, masukkan pula gula, garam dan susu kotak.
3. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api (atau tunggu hingga mendidih sedikit baru tutup api).
4. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas.
5. Tunggu dadih menjadi pejal, barulah simpan ke dalam peti sejuk.

Resipi ini boleh diolah dengan menambah apa-apa perisa kesukaan seperti strawberi, jagung atau milo mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Afieyza Isahak

***
Kekal bertenaga ketika di bulan Ramadan dengan Amazin’ Graze. Boleh ke pautan ini untuk membeli kekacang dan bijirin dari syarikat tempatan.