Resipi Gulai Lemak Siput Sedut Bersama Daun Kaduk Dan Keledek

Sekali sekala dapat menu siput sedut untuk hidangan tengah hari bagus juga. Lagi-lagi bila siput sedut itu yang diperoleh sendiri daripada kawasan sungai, memang segar habis.

Siput sedut memang enak jika dimasak lemak, tambah pula dengan daun kaduk dan keledek.

Bahan-bahan:
**1kg siput sedut (bersihkan dan potong ekornya)
**500ml santan pekat
**250g ubi keledek (buang kulit dan potong dadu)
**150 g daun kaduk
**2 batang serai
**1 keping asam keping
**Garam, gula secukupnya

Bahan kisar:
**3cm kunyit hidup
**2cm halia
**16 biji cili padi
**3 ulas bawang merah
**1 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar sehingga wangi sebelum masukkan santan.

2. Masak dalam api sederhana bersama daun kaduk dan keledek.

3. Setelah mendidih, masukkan serai dan asam keping sebelum memasukkan siput sedut.

Gulai Lemak Siput Sedut 1

4. Perasakan dengan garam dan gula sebelum dihidangkan.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

Sumber: Rasa

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!