Resipi ‘Homemade’ Dumpling Mudah Dan Pasti Licin

Homemade dumpling ringkas
Sumber: Twitter

Bukan hanya masyarakat Cina sahaja yang memakan dumpling, malah kaum lain juga suka dengan menu dumpling ini. Dumpling boleh berintikan sayur-sayuran, ayam, daging atau udang mengikut selera anda.

Dah bosan makan dumpling sejuk beku dan teringin membuatnya sendiri? Jom cuba resipi mudah dan ringkas ini pasti licin makan!

Homemade dumpling ringkas

Bahan-bahan doh:

1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan air panas
1 1/2 air sejuk
2 sudu besar minyak zaitun

Bahan-bahan inti:

250gm daging/ ayam cincang
1 labu bawang besar/ holand
5 ulas bawang putih dicincang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar kicap pekat
1 batang daun bawang dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan inti dan ke tepikan.
2. Campurkan semua bahan doh dalam mangkuk, jika doh masih keras tambahkan lagi sedikit air panas dan air sejuk. Doh seperti adunan pau.
3. Uli doh sehingga sebati. Kemudian bahagikan doh sama bahagian.

Homemade dumpling mudah
4. Tuangkan sedikit minyak di atas permukaan doh dan tekan sehingga nipis (jangan terlalu nipis).
5. Isikan inti ke dalam dumpling (jangan terlalu banyak) kemudian kelim.

Homemade dumpling ringkas

6. Letakkan kain bersih di atas pengukus kemudian isikan dalam ke atasnya. Cara ini untuk mengelakkan dumpling basah. Sapu sedikit minyak pada dumpling.

Homemade dumpling ringkas

7. Kukus dengan api kecil selama 15 minit.

Bahan sos pencicah:

2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar air
1 sudu kecil gula
1/2 sudu besar cuka
Cili ikut tahap kepedasan

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter @annysscountessa