Resipi ini memang mudah dan sihat. Tetapi kesedapan rasa ikan rebus air asam ini sangatlah berbahaya terutamanya kepada mereka yang sedang berdiet.
Nak tahu kenapa? Sebab lauk ini membolehkan anda bertambah makan nasi tanpa sedar! Bahaya sungguh.
Bahan-bahan:
*4 ekor ikan kembung (ikan lain pun boleh)
*2 biji bawang besar
*1 biji tomato
*1 biji limau kasturi
*4 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
*Setengah biji cili besar
*Semangkuk air asam jawa (lagi pekat lagi masam)
*Seinci belacan yang sudah dibakar
*Gula dan garam secukup rasa
Cara masak:
1. Lumur ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan sekeping asam keping atau gelugur sehingga masak.
3. Ambil sedikit air rebusan ikan mengikut kuantiti kuah yang anda mahukan, masukkan belacan dan air asam jawa.
4. Masukkan bawang dan tomato yang sudah dipotong dadu serta cili, kemudian gaulkan sebati.
5. Perah limau kasturi, masukkan gula dan garam secukup rasa dan gaul rata kemudian curahkan bancuhan tadi ke atas ikan.

Dah siap! Senang sahaja kan? Kalau malas nak potong bawang dan tomato secara dadu, boleh potong secara memanjang sahaja. Tujuan potongan dadu adalah untuk mengeluarkan rasa dan air bawang seoptimum mungkin.
Selamat mencuba!
Sumber: Rasa
Minat anime? Jom ke Jepun, kita singgah tempat-tempat ini.
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.