Resipi Kek Batik Keju, Sedap Sehingga Menjilat Dulang

Sumber: Hijab & Heels

Kek batik merupakan antara kek yang paling senang untuk dimasak dan digemari oleh peminat coklat. Boleh diubah kepada pelbagai perasa, kek batik sentiasa relevan dalam kalangan peminatnya.

Daripada masak kek batik biasa, apa kata kali ini anda tambah keju mengikut resipi kek batik keju ini. Pasti hasilnya sedap tidak terhingga, sehinggakan boleh menyebabkan anda menjilat dulang!

Bahan-bahan:

*300 gram coklat masakan
*250 gram cream cheese
*1 2/3 cawan non dairy whipping cream
*1-2 sudu besar susu pekat (boleh tambah jika mahu lebih manis)
*1 pak biskut cream crackers

Cara masak:

1. Double boil coklat masakan bersama 2/3 cawan non dairy whipping cream hingga coklat cair. Kacau sebati dan biar sejuk.

2. Dalam bekas yang lain, satukan cream cheese, 1 cawan non dairy whipping cream dan susu pekat. Pukul hingga kembang.

3. Seterusnya, alas loyang dengan plastik dan susun biskut hingga penuh dasar loyang.

4. Tuang coklat di atas biskut dan ratakan.

5. Susun lagi biskut di atasnya, tuang cream cheese dan ratakan. Ulang semula sehingga biskut habis. Jika suka, boleh celup biskut ke dalam susu sekejap sebelum susun ke dalam loyang.

6. Parut coklat masakan di atas lapisan biskut jika suka.

7. Akhir sekali, sejukkan 1-2 jam.

Resipi Kek Batik Keju

Senang sahaja bukan? Dengan beberapa langkah mudah, pemanis mulut anda sudah siap. Nak jual pun boleh guna resipi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Saji

Kalau buat kenduri, ahgak-agak boleh tak jemput Chef Burak ni?

7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.