Resipi Kek Keju Jepun Guna Periuk Nasi

Kek Keju Jepun
Sumber: Youtube

Kek keju Jepun atau lebih dikenali sebagai Japanese cheesecake adalah sejenis kek yang bertekstur lembut dan gebu yang diminati ramai orang.

Beli dikedai boleh dikatakan harganya juga mahal walaupun nampak simple sahaja kek ini. Jadi, nak makan puas-puas lebih baik buat sendiri betul tak?

Tiada ketuhar dirumah tiada masalah. Anda boleh membuat kek ini menggunakan periuk nasi elektrik.

Kek Keju Jepun
Sumber: Cooking

Bahan-bahan:

5 kuning telur
150 gram gula halus
60 gram mentega
250 ml yogurt asli
500 gram krim keju (cream cheese)
1 1/2 cup tepung gandum

4 putih telur
100 gram gula

Cara memasak:

1. Masukkan kuning telur, gula pasir, yogurt asli, krim keju dan mentega ke dalam bekas kemudian kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan tepung gandum perlahan-lahan sehingga sebati. Ketepikan.
3. Masukkan putih telur dan gula kemudian kacau hingga kembang. Setelah adunan kembang, masukkan ke adunan yang dibuat sebelum ini.
4. Masukkan secara perlahan-lahan sambil kacau hingga tiada ketulan.
5. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi yang telah disapu mentega sekelilingnya.
6. Masak adunan dan biarkan selama 50 minit.
7. Apabila sudah masak, keluarkan kek daripada periuk nasi. Kemudian dihidangkan.

Kek Keju Jepun
Sumber: Club

Tip: Pastikan semua bahan yang digunakan pada suhu bilik untuk mendapatkan hasil kek yang sempurna.

Selamat Mencuba!