Resipi Kek Tapak Kuda Nutella

Kek Tapak Kuda
Sumber: Youtube

Di Malaysia, kita jarang melihat dan medengar nama kek tapak kuda. Kek ini antara hidangan popular apabila tiba hari raya di Brunei.

Kek ini dinamakan kek tapak kuda kerana bentuknya seperti ladam kuda. Teskturnya seakan sama dengan kek swiss roll. Bolehlah hidangkan kek ini kepada tetamu pada hari raya nanti.

Kek Tapak Kuda

Bahan-bahan:

3 biji telur
3 kuning telur
108 gram gula
66 gram tepung kek
1 sudu besar susu tepung
81 gram mentega cair
1 sudu besar ovellete
1 sudu besar baking powder
Esen vanila
1 sudu besar chocolate emulco
Nutella

Cara membuat:

1. Pukul telur, gula dan ovellete hingga separuh kembang. Kemudian masukkan bahan kering.
2. Apabila adunan sudah kembang, masukkan esen vanila dan mentega yg telah dicairkan. Kacau sebati.
3. Asingkan 1 mangkuk adunan dan masukkan choc emulco. Ini untuk adunan coklat.
4. Lapik loyang dengan kertas minyak, dan tuangkan adunan coklat.
5. Untuk lapisan adunan putih, digalakkan menggunakan piping bag supaya kek tidak berombak. Penuh kan loyang dengan adunan putih
6. Bakar kek selama 25 minit dan suhu 140°c
7. Potong kek kepada 2 bahagian, dan sapukan dengan nutella. Lipat kek kepada dua. Sejukkan dan sedia dihidang.

Selamat mencuba!

 

Kawasan penginapan paling popular di Phuket.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.