Resipi Kentang Putar Sedap, Ala-Ala KFC

Sumber: Recipe 4 Living

Siapa kata nak buat kentang putar ala-ala KFC itu susah? Senang sahajalah. Memang kegemaran anak-anak juga kalau mereka tiada selera makan. Dengan tekstur lembut dan rasa manis kentang, kentang putar ini memang sedap dijadikan makanan tambahan untuk anak-anak.

Bahan-bahan kentang:
*5 biji kentang
*Secawan susu penuh krim
*1 sudu makan mentega
*1 sudu teh garam
*Sedikit serbuk lada hitam

Cara masak:

1. Rebuskan kentang sehingga empuk, tos dan lenyek sehingga hancur.
2. Panaskan susu penuh krim dan mentega, kemudian masukkan kentang. Kacau rata, jika mahu lebih lembut lebihkan susu dan mentega.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Bahan-bahan kuah lada hitam:
*6 sudu makan mentega
*1 bawang holland
*4 sudu makan tepung gandum
*2 kiub pati ayam
*4 cawan air
*Sedikit serbuk lada hitam
*sedikit bancuhan tepung jagung
*Sedikit kicap pekat (beri warna pada kuah)

Cara masak:

1. Panaskan mentega dan masukkan bawang holland yang sudah dipotong dadu.
2. Selepas bawang berwarna keperangan sedikit, masukkan tepung gandum (berkala).
3. Masukkan kiub pati ayam, air, lada hitam dan air bancuhan tepung jagung untuk kepekatan kuah.
4. Masukkan kicap (jangan terlalu banyak, cukup sekadar warna) dan biarkan kuah mendidih. Tutup api dan sejukkan kuah sebelum dikisar sehingga halus.

Resipi Kentang Putar
Sumber: Food52

**Kalau nak makan kuah sejuk boleh simpan sebentar dalam peti sejuk atau panaskan sebentar sebelum dihidangkan.

Senang sahaja kan? Orang kata kentang putar ini sedap juga kalau dimakan dengan daging bakar. Benar ke?

Sumber: Rasa

Kalau ke Phuket sebab nak tengok pulau, bolehlah singgah pulau dalam senarai bawah ini.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.