Resipi Mudah Mi Celup Ala Thai Pasti Sedap

Sumber: Chiara Jom Resepi

Popular di Kelantan dan Siam, mi celup tidak sama dengan mi atau mihun sup utara.

Yang paling penting dalam menu mi celup ini adalah kuahnya.

Bahan-bahan untuk kuah:

*3liter air
*Ayam – diambik bahagian tulang-tulang untuk rebusan
*Isi ayam bahagian dada – direbus dan dicarik-carik
*Halia 2inci – diketuk-ketuk
*Karot 1batang
*Ubi kentang 2bji
*Bwang putih 2ulas – diketuk
*Akar daun sup dan daun bawang dipotong dalam 2inci dari akar bersama batang
*Satu sudu besar minyak bawang putih
*Serai 1 batang
*2 sudu rempah sup
*Kicap manis
*Secukup rasa maggi 1sudu besar
*Pati bilis maggi 1 sudu teh
*Serbuk kiub ayam maggi 1sudu besar
*Garam secukupnya
*Gula secukupnya

Cara-cara penyediaannya:

1. Satukan semua bahan-bahan dalam periuk. Rebus sampai kuah betul-betul menggelegak dan angkat isi ayam dahulu.
2. Biar kuah menggelegak lama. Perasakan secukupnya.

Bahan-bahan sampingan:

✔Bawang goreng
✔Air lada – kisar cabai, bawang putih 1 ulas, cuka, garam dan gula
✔Lada jeruk – cuka ,lada besar hijau siam, garam dan gula
✔Lobak asin jeruk
✔Kacang tanah tumbuk
✔Lada sulah
✔Cili flakes
✔Bawang putih jeruk – diambil airnya sedikit dan air suam. Kisar pekat jangan cair
✔Ikan bilis goreng rangup
✔Isi ayam – yang dah dicarik-carik
✔Minyak bawang putih

Cara-cara penyediaan minyak bawang putih:

1. Basuh dua labu bawang putih, jangan buang kulit dan tumbuk separuh lumat. Tumis bawang sehingga naik bau.

Bahan-bahan sayur:

*Daun sup dan daun bawang
*Taugeh
*Sawi – potong halus
*Kangkung – potong halus

Cara-cara penyediaan mi celup:

1. Letak mi dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan-bahan sampingan.
3. Masukkan sayur dan kuah.

Resipi Mudah Mi Celup Thai Pasti Sedap 1
Sumber: Tempat Menarik