Resipi Pasta Telur Masin Enak Berlemak

pasta telur masin
Sumber: EatDrink

Kegilaan rakyat Malaysia dengan telur masin sehinggakan pelbagai hidangan diolah pasti ada dilengkapi dengan sos kuning telur masin. Rasa masin berlemak itulah telah menarik minat selera rakyat Malaysia.

Kali ini, ayuh kita cuba resipi enak pasta telur masin bersama udang. Cara penyediaannya mudah tidak sampai satu jam.

Bahan-bahan sos telur masin:

2 – 3 biji cili padi, dihiris nipis
3 tangkai daun kari (lebih kurang 40-50 helai daun)
40 g mentega
3 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
7 kuning telur masin, dikukus dan dilenyek
1 tin susu cair
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
3/4 sudu gula
2 sudu besar parmesan, diparut
10 sudu besar minyak masak
Garam dan lada hitam secukup rasa

Bahan-bahan untuk udang:

6 ekor udang harimau
1 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu teh serbuk cili (cayenne)
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Minyak masak (untuk menggoreng)

Bahan-bahan untuk pasta:

180-200 g spageti
1 sudu teh garam
1 tangkai daun kari

pasta telur masin
Sumber: Ang Moh Jiak

Cara Penyediaan:

Sos kuning telur masin

1. Panaskan 8 sudu teh minyak masak dan goreng kuning telur masin yang sudah dilenyek sehingga wangi dan gebu. Asingkan kedalam mangkuk A sebanyak 70g dan 30g kedalam mangkuk B untuk pasta. Ketepikannya.
2. Tambah 2 sudu teh minyak masak kemudian tumis cili padi, bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
3. Seterusnya masukkan mentega dan susu cair. Kacau dan masak sehingga pekat.
4. Masukkan garam, serbuk pati ayam, gula, keju parmesan dan lada hitam secukupnya.
5. Akhir sekali, campurkan daun kari dan kuning telur masin goreng (Mangkuk A) dan masak sehingga naik bau.

Pasta

1. Rebus pasta dalam periuk yang mendidih dengan air garam (1 sudu teh garam dengan 1 liter air), mengikut mengikut arahan pada bungkusannya.
2. Toskan pasta.
3. Panaskan kuning telur masin goreng dalam mangkuk B, daun kari, dan pasta. Kacau sehingga sebati.

Udang

1. Potong udang secara butterfly cut dan buang urat.
2. Adunkan garam, gula, serbuk cili, tepung ubi dan telur sehingga sebati.
3.
Celup udang ke dalam adunan kemudian salut dengan tepung beras.
4.
Goreng garing udang di dalam minyak panas selama 5 minit.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Tip: Apabila memasak pasta, nisbah garam dengan air sepatutnya 1: 100. Oleh itu, bagi setiap 100g air, tambah 1g garam.

Selamat Mencuba!

Sumber: Harian Metro