Restoran Pho Street Tawar Promosi Sempena Hari Malaysia

Promosi Pho Street
Sumber: Live Life Lah

Adakah anda ternanti-nanti promosi makanan sempena hari bersejarah di Malaysia? Bagi penggemar makanan Vietnam, restoran Pho Street yang merupakan restoran pelbagai juadah Vietnam mengadakan promosi sempena Hari Malaysia.

Anda boleh dapatkan semangkuk Pho Beef Combination dengan potongan harga sebanyak RM6.20 (harga original RM19.90) bermula dari 9 September hingga 16 September 2019 ini di semua cawangan Pho Street.

Promosi Pho Street
Sumber: Go Cheras

Promosi Pho Street

Selain dari Pho Beef Combination, terdapat juga pelbagai menu lain yang ada dijual di Pho Street seperti fresh summer roll with prawn & fresh herbs, crispy spring roll, roasted lemongrass chicken with fragrant rice. Untuk pencuci mulut pula, vietnamese three colour dessert dan minuman seperti kopi ais Vietnam dan passionfruit & basil mojito antara minuman popular di restoran.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 6 cawangan Pho Street di Malaysia dan pastinya hidangan istimewa dari Vietnam ini adalah halal. Apa tunggu lagi, ajaklah ahli keluarga dan kenalan anda untuk menikmati bersama promosi yang disediakan ini!