River Of Life Kuala Lumpur, Top 10 ‘Waterfront Districts’ Terbaik Dunia

River of Life
Sumber: Flickr

Salah satu tarikan baharu apabila berkunjung ke Kuala Lumpur, River of Life atau dikenali sebagai Sungai Nadi Kehidupan menduduki tempat 10 terbaik dunia dalam kategori waterfront districts. Senarai ini dikeluarkan oleh akhbar United Kingdom, Independent.

River of Life
Sumber: Aecom

Keindahan River of Life terutama di sekitar Count Down Clock dan Masjid Jamek menjadi lokasi baharu tarikan pelancong serta warga kota terutama pada waktu malam. Lokasi sungai di sekitar Masjid Jamek ini dihiasi dengan tanaman landskap yang indah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Tarikan yang menjadi ikonik kepada keindahan waterfront districts ini tentunya Masjid Jamek yang menjadi pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Klang.

River of Life
Sumber: Silkwinds

River of Life sebenarnya merupakan sebuah projek yang bertujuan untuk menghidupkan semula Sungai Klang dan Gombak menjadi bersih dan segar lantas mampu menjadi kawasan kepada pelbagai aktiviti rekreasi sekali gus meningkatkan nilai ekonomi di persekitaran tepian sungai.

Tahukah anda, kerja-kerja pembersihan su­ngai yang menjadi skop utama projek tersebut menelan belanja seba­nyak RM4.2 bilion dan meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Su­ngai Batu, Sungai Jinjang, Su­ngai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Su­ngai Klang dan Sungai Ke­­rayong sepanjang 110 kilo­meter. Projek Sungai Nadi Kehidupan ini bakal siap sepenuhnya pada tahun 2020.

Selain River of Life, berikut merupakan senarai 10 waterfront districts terbaik dunia:

1. Shibuya Stream, Tokyo
2. Holzmarkt, Berlin
3. Tampa Riverwalk, Florida
4. Seaport District, New York
5. Elizabeth Quay, Perth
6. Clarke Quay, Singapura
7. Charoen Krung, Bangkok
8. River of Life, Kuala Lumpur
9. Sugar Beach, Toronto
10. Victoria Dockside, Hong Kong

Diharapkan pembersihan sungai ini berterusan untuk mengekalkan keindahan Kuala Lumpur dalam menjadi tarikan kepada orang ramai.

 

Siapa yang jenis makan banyak, apa kata tonton dan cuba

Nasi dulang daun pisang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.