Robot Dikawal Golongan Kurang Upaya Dari Rumah Jadi Pelayan Kafe

orihime

Sebuah kafe akan dibuka di daerah Akasaka, Tokyo, Jepun pada November ini yang mengetengahkan robot pelayan yang akan dikawal secara jarak jauh dari rumah oleh golongan kurang upaya.

orihime

Kafe yang bakal dibuka pada 26 November sehingga 7 Disember ini akan memperkenalkan robot OriHime-D yang dikawal golongan kurang upaya yang mengalami amyotrophic lateral sclerosis, sejenis penyakit neuron motor.

Robot pelayan dengan ketinggian 1.2 meter dan berat 20 kilogram ini akan menyampaikan rakaman video serta audio ke internet, lalu membenarkan pengawalnya mengarahkan robot tersebut menggunakan tablet atau komputer dari rumah.

orihime

Pembangunan robot ini, Kentaro Yoshifuju, Ketua Pegawai Eksekutif Ory Lab. Inc menyatakan bahawa beliau memang mempunyai keinginan untuk mencipta dunia di mana golongan kurang upaya dapat bekerja juga.

Ory Lab. mensasarkan untuk membina sebuah kafe kekal yang memaparkan robot OriHime serta meningkatkan kadar penggunaannya oleh syarikat pada Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Sumber: Kyodo News