Roti Canai Paling Sihat Di Dunia Akan Dijual April Ini

roti canai paling sihat
Sumber: Malay Mail

Boleh dikatakan roti canai dan rakyat Malaysia tidak boleh dipisahkan. Jika dahulu roti canai sinonim dengan hidangan sarapan, kini menikmati hidangan ini tidak kira masa.

Tetapi sekeping roti canai mengandungi 300 kalori serta kandungan GI melebihi 70 iaitu paras sajian tidak sihat dan membuatkannya antara makanan yang tidak sihat untuk dimakan setiap hari. Roti canai tinggi kanji dan lemak serta sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

roti canai paling sihat
Sumber: The Star

Kini tidak perlu runsing dengan masalah kesihatan yang dinyatakan menerusi inovasi campuran daripada bahan asas lebih berkhasiat. Pengubahsuaian kandungan berasaskan sayuran, bijirin dan herba, bersifat rendah indeks glisemik (GI), menjadikannya lebih baik untuk kesihatan.

Mengekalkan bahan utama iaitu tepung gandum, marjerin, lemak semula jadi serta garam, roti canai ini mencampurkan sayur bendi, kacang dal, barli dan halba dalam penghasilan doh. Produk sejuk beku roti canai ini dihasilkan menerusi kerjasama syarikat Hollista Colltech Ltd dengan Kawan Food Berhad menjadikannya sebagai ‘roti canai paling sihat di dunia’ bersifat rendah GI.

Roti canai paling sihat ini dijadual memasuki pasaran tempatan bermula April ini dan pihak pengurusan Kawan Food Berhad mensasarkan pasaran ke Amerika Syarikat pada Jun 2019.

roti canai paling sihat
Sumber: The Star

Dengan roti canai sihat ini, kandungan kalori turun sehingga 280 kalori serta mencapai bacaan rendah GI iaitu antara 45 hingga 60. Keempat-empat campuran bahan asas itu mengurangkan peningkatan gula dalam darah. Selain itu, kandungan halba dan barli melancarkan proses penghadaman.

Roti canai sejuk beku ini boleh didapati dalam 5 keping untuk satu paket dengan kadar harga lebih mahal sedikit berbanding roti canai sejuk beku yang lain. Walaupun mahal, tetapi dijamin sihat apa salahnya kan? Bak kata pepatah alah membeli menang memakai.

Sumber: Berita Harian

Tak Malaysialah kalau antara makanan ini belum cuba lagi, tonton

9 antara makanan kegilaan rakyat Malaysia mengikut negeri

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

9 Antara Makanan Kegilaan Rakyat Malaysia Mengikut Negeri

Mengikut sumber kami, inilah makanan kegilaan mengikut negeri. Setuju?

Posted by MakanLena on Thursday, January 10, 2019