Saintis Saran Larangan Swafoto Di Kawasan Tumpuan Pelancongan

swafoto maut
Sumber: The Independent

Zaman global ini, swafoto mesti menjadi satu kewajipan bagi setiap individu sehinggakan setiap perkara yang dilakukan mesti hendak berswafoto. Wabak swafoto ini menular sehinggakan ada individu sanggup mengancam keselamatan diri semata-mata untuk berswafoto.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care, terdapat 259 individu yang telah maut akibat swafoto sepanjang tahun 2011 dan 2017. Mereka cuba berswafoto dalam keadaan yang membahayakan sehingga membawa maut.

swafoto maut
Sumber: USA Today

Manakala kajian yang dibuat daripada pengkaji India Institute of Medical Sciences, didapati hanya 3 kematian melibatkan swafoto pada 2011. Namun, jumlah ini meningkat ke 50 pada tahun 2015 dan 93 pada tahun 2017.

Sememangnya perbuatan swafoto tidak memberikan bahaya tetapi perbuatan yang berkaitan mendatangkan bahaya. Setiap individu perlulah sentiasa beringat tentang perbuatan dan lokasi-lokasi yang mendatangkan risiko untuk tidak berswafoto.

Tambahan pula, kawasan pelancongan seperti kawasan air dalam, gunung curam ataupun banguan tinggi perlu diiktiraf sebagai kawasan larangan swafoto (no-selfie zones) sebagaimana cadangan yang diberikan para penyelidik. Larangan ini bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada mengancam keselamatan diri.

Selalunya mangsa-mangsa kes seperti ini adalah daripada kalangan orang muda dan pelancong kerana ingin dilihat cool, dengan memuat naik swafoto mereka di laman sosial dan berasa bangga apabila mendapat reaksi dalam bentuk komen dan ‘like’.

Kajian juga menunjukkan antara kawasan yang menjadi risiko terbesar kemalangan maut ketika berswafoto seperti kawasan air dalam yang mana setakat ini 70 orang telah mati lemas. Manakala risiko kedua terbesar berkaitan degan pengangkutan seperti berlari ke depan kereta api dan ini mengakibatkan 51 kematian.

Kematian lain seperti kejutan elektrik, serangan haiwan ataupun senjata api dan 48 orang meninggal dunia akibat terjatuh dari atas bangunan.

Gambar ini merupakan swafoto popular kerana orang yang menangkapnya telah maut sejurus selepas itu!

swafoto bawa maut
Sumber: GAG Funny

Wanita ini telah memanjat jambatan keretapi setinggi 30 kaki di St. Petersburg, Rusia untuk swafoto namun dia tergelincir lalu jatuh. Sebelum terjatuh, dia sempat mencapai wayar disitu tetapi malangnya dia telah menerima kejutan elektrik 1,500 voltan.

Kali pertama Google membuat carian untuk selfie death iaitu swafoto maut pada Januari 2014, apabila seorang lelaki di Lebanon telah terbunuh kerana bom kereta, beberapa saat selepas berswafoto.

swafoto maut
Sumber: Newshub

Natijahnya, sekeping gambar tidak akan sama nilainya dengan nyawa anda. Tidak ada salahnya jika seseorang itu hantu swafoto, tetapi berpada-padalah dengan lokasi dan keadaan sekeliling.

‘Like’ dan komen yang anda dapat pun tidak berbaloi jika mengancam nyawa. Tidak semua perkara yang kita lakukan boleh tahu bertuah atau tidak.

Sumber: Hijab&Heels