Saman Mandatori RM300 Jika Lakukan Enam Kesalahan Jalan Raya Ini

saman mandatori raya cina
Sumber: Kosmo

Pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina ini bakal dikenakan saman maksimum RM300 secara mandatori.

saman mandatori raya cina
Sumber: Kosmo

Saman tersebut bakal dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari 2019. Enam kesalahan tersebut termasuk:

  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memotong di garis berkembar
  • Guna telefon bimbit semasa memandu
  • Potong barisan
  • Melanggar lampu isyarat
  • Memandu melebihi had laju

Sementara itu, dua lorong kecemasan lebuh raya PLUS di negeri Perak akan dibuka sempena Op Selamat 14 ini. Laluan berkenan ialah laluan antara Simpang Pulai-Gopeng berdekatan Hentian Sebelah Simpang Pulai dan laluan dari Slim River menghala ke Sungkai (arah utara).

Ia sebagai langkah untuk memastikan kelancaran jalan raya berikutan laluan berkenaan antara yang mengalami kesesakan teruk setiap kali musim perayaan. PLUS dibenarkan untuk membuka laluan kecemasan bagi mengurangkan masalah kesesakan.

Analisis terhadap Op Selamat sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan pentingkan diri sendiri menjadi punca peningkatan kemalangan.

Jadi, kepada anda yang mahu bercuti atau balik ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baharu Cina hendaklah memandu cermat dan patuhi jalan raya.

Sumber: Astro Awani

Selalu masak menu yang sama sahaja, apa kata cuba resipi unik ini. Tonton

5 resipi unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Resepi Unik Adamdidam

Ini kompilasi 5 resepi unik finalis Hero Oven musim kedua. Macam sedap betul…

Posted by MakanLena on Friday, January 18, 2019