Sampel Makanan, Satu Langkah Persediaan Pengusaha Katering Hadapi Kes Keracunan

Bekerja dalam bidang pengusahaan makanan bukanlah sesuatu yang boleh kita ambil mudah. Ada banyak cabaran dan persediaan perlu kita lakukan supaya tidak berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kes keracunan makanan.

Kepada semua pengusaha makanan, anda pernah dengar tentang sampel makanan?

Tahukah anda adalah amat penting untuk anda menyediakan sampel makanan sebagai salah satu cara pertahankan diri sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini?

Sampel makanan Katering 1

Seorang penyedia servis katering, Andy Syamsuddin berkongsi di laman Facebooknya mengenai peri pentingnya penyediaan sampel makanan untuk kesemua pengusaha makanan terutamanya bagi pengusaha katering.

Dengan berat makanan lebih kurang 250 gram, sampel ini akan disimpan tiga hari sebelum dimusnahkan. Penyediaan sampel akan memudahkan pihak makmal Jabatan Kesihatan memeriksa kandungan bahan makanan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Beliau turut berkongsi mengenai cara mudah untuk menyediakan sampel makanan yang siap dimasak, seperti aturan di bawah:

CARA MUDAH SEDIAKAN SAMPLE MAKANAN SIAP MASAK. + Beli "ziplockbag" dengan saiz sedang. Gambar dibawah saiznya adalah 6…

Posted by Andy Syamsuddin on Thursday, July 18, 2019

Jadi selepas ini para pengusaha makanan bolehlah praktikkan cara sebegini sebagai langkah berjaga-jaga dengan kemungkinan kes keracunan makanan akibat daripada makanan anda.

Bak kata pepatah,

“kan lebih baik sediakan payung sebelum hujan?”

Sumber: Andy Syamsuddin

 

Ya Allah sedapnya menu-menu dekat kafe Mil Moustache ini.

Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.