Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa Lokasi Impian Percutian Di Johor

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa 1

Impian para pengunjung yang bercuti di Johor untuk mendapatkan pengalaman resort yang paling mengagumkan akan terlaksana dengan pembukaan Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa. Resort bandar yang berlatarkan persekitaran yang begitu indah, ditambah pula dengan pelbagai penawaran serba mewah ini dijangka akan menjadi destinasi peranginan yang harus dikunjungi di negeri ini.

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Terletak di pinggir Pantai Desaru yang berpasir putih, Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa mempunyai 208 bilik dan suite dengan reka bentuk yang elegan. Kemudahan bertaraf dunia lain termasuklah bilik-bilik tidur dan tempat makan yang mewah, kafe bertema, spa yang menyegarkan, kelab untuk kanak-kanak, kemudahan untuk acara dan mesyuarat, serta dewan utama yang boleh menempatkan sehingga 600 tetamu.

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Menurut Pengerusi Kumpulan Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa, semasa membangunkannya, mereka sentiasa ingin menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada tetamu, bagaikan berada di syurga dunia. Oleh itu, mereka benar-benar menekankan untuk membawakan perkhidmatan yang terbaik untuk para tetamu, dan ini termasuklah menyediakan kemudahan yang unggul dalam persekitaran yang damai dan menenangkan.

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Tambahannya lagi, anggaplah resort ini sebagai syurga dunia yang begitu dekat dengan pusat bandaraya Johor Bahru, dan tempat peranginan yang ideal untuk lari dari kesibukan kota dan menikmati ketenangan Pantai Desaru. Lokasinya yang strategik juga merupakan tarikan kepada pengunjung dari dekat dan jauh, memandangkan lapangan terbang terletak tidak jauh dari resort ini. Mereka yakin Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa akan menjadi satu lagi destinasi percutian yang menjadi tumpuan di selatan Semenanjung Malaysia.

Resort ini menerapkan seni bina ala resort yang edgy tetapi kontemporari, yang menggunakan elemen-elemen kayu, bata putih, kehijauan tumbuhan dan cahaya semulajadi.

Lebih 60% peratus daripada bilik dan suite hotel ini mengadap pantai, yang terdiri daripada pelbagai jenis bilik, antaranya Sunny Deluxe Seaview Room yang berukuran 55 meter persegi dan Romantic Deluxe Room yang elegan dengan
kolamnya sendiri dan ruang yang mewah.

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Terdapat empat buah restoran di Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa yang menawarkan beraneka sajian berunsurkan masakan Cina, Thai, Jepun dan Malaysia kepada pengunjung. Setiap restoran tertumpu kepada jenis masakan tertentu dan menjanjikan hidangan yang menggoda rasa setiap kali mereka menjamu selera.

Kemudahan lain termasuklah dewan utama yang boleh menempatkan 600 orang tetamu dengan selesa, yang dilengkapi skrin LED 16’ x 9’. Sebagai tambahan kepada ruang di dalam dan di luar, Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa boleh dijadikan ruang acara yang boleh memuatkan 50 hingga 1000 orang tetamu. Dengan pembangunan yang pesat di kawasan sekitar Desaru, pusat peranginan ini akan menjadi destinasi gaya hidup dan santai yang utama di Johor.