Sanggup Pakai 15 Helai Baju Elak Caj Bagasi

pakai 15 baju elak caj bagasi
Sumber: Google News

Antara perkara yang perlu kita fikirkan apabila pergi ke mana-mana dengan kapal terbang, beg yang dibawa itu sebolehnya tidak terlalu berat kerana jika melebihi had berat akan dicaj.

Kadang-kadang jika beg yang dibawa melebihi had berat dan tidak cukup bajet untuk membayar caj, nak atau tidak terpaksa juga membuang baju sebelum menaiki pesawat.

pakai 15 baju elak caj bagasi
Sumber: LadBible

Namun, lain pula bagi seorang penumpang pesawat Easyjet ini kerana sanggup memakai sebanyak 15 helai pakaiannya iaitu seberat lapan kilogram semata-mata mahu mengelak caj bagasi berlebihan ketika dia dalam perjalanan pulang dari Perancis.

Easyjet mengenakan peraturan caj bagasi berlebihan sebanyak 12 euro (RM55.80) sekilogram dan ini bermakna Irvine perlu membayar seba­nyak 96 euro (RM446) bagi berat bagasi berlebihan itu.

Insiden ini menjadi tumpuan netizen apabila rakaman lelaki warga Sepanyol itu sedang mengenakan pakaian daripada bagasinya secara berlapis di hadapan kakitangan kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Nice dimuat naik oleh anaknya di media sosial.

Bapanya itu kemudian dilihat berjalan di sekitar lapangan terbang itu dalam keadaan menggelabah dengan pakaian tersebut.

Sementara itu,lelaki tersebut berdepan masalah ketika cuba melepasi kawalan keselamatan lapangan terbang selepas dipercayai cuba menyeludup sesuatu pada bajunya namun dia akhirnya dibenarkan masuk.

Kejadian seperti ini juga pernah dilakukan seorang pelancong warga Britin yang bertindak memakai 8 seluar dan 10 kemeja di Lapangan terbang Antarabangsa Keflavik untuk ke London.

Sumber: LadBible