SANTAN Bawa Nasi Lemak Pak Naseer Kegilaan Penumpang AirAsia Ke Mid Valley

Sebut sahaja hidangan Nasi Lemak Pak Nasser, ramai yang sudah telah air liur. Hanya boleh dirasai ketika menaiki pesawat Air Asia, Nasi Lemak Pak Nasser merupakan menu wajib untuk dipesan sebagai menu makanan di dalam pesawat.

Kaya dengan rasa seimbang sambal serta rendang ayam, Nasi Lemak Pak Nasser memang digemari ramai sehinggakan pernah diidam oleh ibu-ibu yang mengandung!

Nasi Lemak Pak Nasser Mid Valley 1

Termasuk dalam senarai 10 Nasi Lemak Kegemaran Rakyat Malaysia, kini semua rakyat Malaysia  boleh menikmati hidangan ini dengan mudah.

CEO Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes memberitahu bahawa mereka bercadang untuk membuka restoran makanan segera semasa ditemu bual di satu rancangan TV Amerika Syarikat Februari lalu.

Diberikan nama SANTAN, restoran yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia ini dijangka bakal dibuka di Mid Valley pada bulan Disember tahun ini.

Walaupun tiada kenyataan lanjut mengulas mengenainya, Tony memberikan keyakinan bahawa makanan yang akan mereka sajikan sama taraf kesedapannya dengan yang disediakan di restoran lain.

Antara menu lain yang akan disajikan di SANTAN, ialah:

1. Nasi Padang

Nasi Lemak Pak Nasser Mid Valley 4

2. Nasi Ayam Teriyaki

Nasi Lemak Pak Nasser Mid Valley 3

3. Nasi Ayam Uncle Chin

Nasi Lemak Pak Nasser Mid Valley 2

4. Burn Cheesecake

Nasi Lemak Pak Nasser Mid Valley 5

Sumber: The Rakyat Post