Sarapan Mampu Bantu Kawal Berat Badan, Mitos Atau Tidak?

Sumber: Pop Sugar

Dimomokkan bahawa sarapan merupakan hidangan terpenting yang perlu diambil lebih daripada 100 tahun, Australian Dietry Guidelines turut menyarankan makan sarapan berkhasiat boleh membantu mengekalkan berat ideal.

Slogan ini juga sering diguna pakai kilang dan pengeluar bijirin dalam misi ‘menggoda’ golongan ibu untuk membeli produk mereka sebagai cara penyediaan sarapan mudah anak-anak. Dengan tema berkhasiat, bekalkan tenaga untuk memulakan hari dan meningkatkan mood dan kognitif anak-anak, golongan ibu ini akhirnya terpedaya.

Kajian terbaru dalam jurnal BMJ menyimpulkan bahawa strategi makan sarapan sebagai cara mendapatkan berat badan ideal mungkin tidak boleh dipakai sama sekali. Pengkaji dari Universiti Monash, Melbourne telah menganalisa data sarapan yang diambil daripada 13 cubaan rawak yang dikawal.

http___prod.static9.net.au___media_Network_Images_2019_01_31_13_28_breakfast

Pemilihan subjek kajian daripada golongan obesiti di US atau UK telah dilakukan selama beberapa dekad yang mana 13 percubaan tersebut melihat kepada perkaitan pengambilan (atau tinggalkan) sarapan dan berat badan serta bagaimana perkara tersebut memberi impak kepada jumlah pengambilan tenaga harian.

Kajian yang ditulis bersama seorang profesor dalam bidang epidemiologi klinikal turut mendapati bahawa individu yang mengambil sarapan lebih cenderung mengambil lebih 260 kalori sehari dan mengalami peningkatan purata berat sebanyak 0.44kg.

Yang paling penting, pengkaji ini tidak menemui bukti yang boleh mendukung fakta ‘pengambilan sarapan boleh meningkatkan metabolisme’ atau ‘boleh mengelakkan terlebih makan pada hari tersebut’.

Walau bagaimanapun, pengkaji menekankan bahawa kualiti bukti tersebut adalah rendah disebabkan oleh beberapa faktor keputusan 13 percubaan tersebut mempunyai perbezaan yang ketara dan tidak boleh digunakan sebagai fakta umum.

Sumber: Nine

Kalau ke Bali, mana yang akan anda kunjungi? Nak tengok pilihan penginapan yang selalu artis kita ambil bila ke Bali? Jom tonton

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

Artis kita kan sikit-sikit suka ke Bali. Mari tengok sikit hotel mana yang best.

Posted by MakanLena on Wednesday, January 30, 2019