Satu-Satunya Wakil Malaysia – Fattah Amin Tercalon Sebagai Lelaki Paling Tampan Di Dunia 2020

Fattah Amin Lelaki Paling Tampan Di Dunia 2020

Satu-satunya calon mewakili Malaysia, pelakon tersohor tanah air dan juga penyanyi, Fattah Amin bakal merebut gelaran dalam TC Candler sebagai 100 Wajah Paling Tampan untuk tahun 2020.

Seperti tahun sebelumnya, TC Candler secara rasmi telah melancarkan pencalonan untuk 100 Wajah Paling Cantik 2020 dan 100 Wajah Paling Tampan 2020.

Senarai pencalonan untuk kedua-dua kategori itu dapat dilihat melalui akaun Instagram rasmi TC Candler. TC Candler memilih beberapa pencalonan berdasarkan pengundian dari banyak komen yang masuk di laman Youtube mereka.

Fattah Amin Lelaki Paling Tampan Di Dunia 2020

Caranya dengan menulis nama artis kegemaran, negara asal, dan nominasi untuk kategori 100 Wajah Paling Cantik atau 100 Muka Tampan. Kemudian, TC Candler akan memilih artis yang dicalonkan untuk menjadi 100 wanita atau lelaki paling tampan pada tahun 2020.

Untuk tahun ini, Fattah Amin atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin tercalon untuk pencalonan Lelaki Paling Tampan 2020 menerusi pengumuman di laman Instagram rasmi @tccandler pada 1 September lalu.

Selain itu, terdapat 12 artis Indonesia yang termasuk dalam senarai 100 Wajah Paling Cantik dan 100 Wajah Paling Tampan di dunia pada tahun 2020.

Sebaris dengan mereka seperti penyanyi hingga artis Korea seperti V BTS, Hyun Bin, Tzuyu TWICE, Irene Red Velvet, Lucas NCT, dan Suho EXO juga memeriahkan pencalonan versi TC Candler.

Tahun 2018, Henry Golding mewakili Malaysia berada di tangga ke-84 lelaki terkacak dunia dan menyaksikan pelakon filem Aquaman, Jason Momoa berada di tangga pertama.

Beruntung Fattah Amin mempunyai peminat untuk menyokong beliau dalam pencalonan tersebut. Anda juga boleh mempunyai peminat tersendiri (secret admirer) jika anda tampak positif dan berkeyakinan.

Tak cukup yakin dengan wajah sendiri? Apa kata cuba guna Sabun Limeira kerana bukan sahaja melembut, melembabkan dan mencerahkan kulit, malah juga dapat hilangkan parut dan jerawat.

Sabun Limeira ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Boleh digunakan untuk seluruh anggota badan. Kan jimat!

Sumber: Murai