Separuh Penduduk Brunei Tinggal Di Kampung Ayer

kampung ayer

Brunei merupakan sebuah negara di Borneo yang bersempadan dengan Sabah dan Sarawak, Malaysia. Antara negara yang kecil di rantau Asia Tenggara dan punyai separuh komuniti penduduk yang tinggal di atas air di Kampung Ayer.

kampung ayer

Brunei merupakan antara negara yang terkaya di dunia atas hasil sumber minyak dan gas yang mereka miliki dengan keluaran dalam negara kasar bernilai USD$ 77,000 per kapita.

kampung ayer

Kemewahannya dapat dilihat di ibu negara, Bandar Seri Begawan di mana terbinanya masjid yang indah dan seni bina yang cantik hampir di setiap sudut.

kampung ayer

Kampung Ayer yang terletak di Sungai Brunei merupakan penempatan atas air yang menempatkan hampir 13,000 orang penduduk daripada 27,000 orang penduduk yang tinggal di bandar ini.

kampung ayer

kampung ayer

Binaan rumahnya dibina dengan menggunakan pancang kayu agar dapat berdiri kukuh di atas air. Bukan sahaja ribuan rumah terdapat di Kampung Ayer, terdapat juga masjid, sekolah, restoran, balai polis dan balai bomba juga dibina di kawasan ini.

kampung ayer

kampung ayer

Penduduk bergerak di atas laluan kayu yang dibina menghubungkan setiap bangunan. Mereka juga boleh bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain menggunakan teksi air dengan kadar USD$ 1 untuk ke tanah besar. Penggunaan teksi air menjadikan Bandar Seri Begawan diberi nama jolokan “Venice Timur”. Kebanyakan penduduk di sini menjadikan perkhidmatan teksi air ini sebagai sumber pendapatan.

kampung ayer

Insfrastruktur bangunan yang dibina di Kampung Ayer mampu menahan hujan lebat di Brunei ketika musim tengkujuh. Kemudahan asas seperti bekalan elektrik, telefon, internet dan TV satelit turut tersedia di sini.

kampung ayer

kampung ayer

Rumah dua tingkat baru di Kampung Ayer bernilai USD$ 45,000 dan untuk rumah lama pula dijual pada harga hanya USD$ 4,000. Hartanah di sini hanya disediakan untuk rakyat Brunei.

kampung ayer

kampung ayer

Bagi kediaman yang mewah di sini, hiasan dalamannya memang cantik. Airbnb telah mula beroperasi sejak 2017 di sini, lantas membenarkan pelancong untuk tinggal di rumah tradisional di Kampung Ayer.

Sumber: Business Insider